Monday, March 28, 2011

Kesian Brahim Ali Tercungap-Cungap Pertahan Hak Melayu

Lebih baik ditadbir penjajah jika hak Melayu hakis, kata Ibrahim Ali-Themalaysianinisder


Kaum Melayu lebih baik tinggal di bawah pentadbiran penjajah jika Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak istimewa mereka diketepikan dan terhakis, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini.

Dalam kritikan pedas beberapa jam sebelum pentadbiran Najib mengumumkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Ibrahim berkata, agenda nasional mesti digerakkan selari dengan kehendak Artikel 153.


“Hak tetap hak,” kata beliau pada akhir Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran Perkasa di sini hari ini.


Justeru kata beliau, tindakan-tindakan sebaliknya bersamaan dengan pendekatan mengabaikan kesemua hak yang diperjuangkan oleh nasionalis Melayu ketika menentang pembentukan Malayan Union, yang memberikan bukan Melayu lebih banyak hak.


“Perlembagaan Persekutuan mesti dijadikan terma rujukan dalam mana-mana dasar nasional,” kata Ibrahim.


“Meskipun kita sedang menuju ke arah satu transformasi dengan cenderung kepada meritokrasi dan liberalisasi untuk memenuhi kehendak ekonomi global, terma rujukan yang seharusnya mestilah Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini.-TMI



Presiden Perkasa Brahim Ali tercungap-cungap nak pertahan hak Melayu sampai sakit jantung sementara Umno jadi tukang perabih harta merdak orang Melayu.Lesapnya saham untuk bumiputera yang hangus disapu kroni Umno-Bn berjumlah RM52 Bilion tidak dipertikaikan Brahim Ali.PM Najib sendiri seperti yang dilaporkan akhbar Harakah mengakui saham untuk syarikat bumiputera dah lesap.

Umno sibuk kata buku Jingga PR boleh sebabkan negara muflis sebab buat kebajikan untuk rakyat jika perintah Malaysia tapi Umno pejam mata bila mereka sendiri jadi pengkhianat bangsa Melayu dengan hilangnya saham untuk bumiputera RM52 Bilion.Nak pertahan apa lagi Brahim yang berbilion pun dah hilang tambah yang sikit-sikit ni. Tunggu Perkasa buat demo saham Bumiputera hilang RM52 Bilion bersama NGO Melayu songkok tinggi !

Lagi banyak isu seks timbul lagi senang Umno nak tipu dan kaut hak Melayu dan bumiputera.

Misai Merah

No comments: