Saturday, March 26, 2011

Menteri ni jaga AGAMA ke jaga PERIUK NASI??

JAMIL KHIR SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI UNTUK BACA TALQIN KEPADA UMNO SAJA...

Sebut saja tentang qazaf (tuduhan zina) undang-undang Islam Jamil Khir akan diam, hak orang Islam Jamil Khir akan diam, menghina Islam seperti Chua Soi Lek (PRK Tenang) Jamil Khir akan diam, sebab keruntuhan moral orang Islam dalam negara sekarang Jamil Khir akan diam.... hatta semua mengenai isu Islam dalam negara sekarang.....Jamil Khir akan diam...


Katanya" "Mereka" kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," -Siapa MEREKA,Saya (Jamil Khir) dan Polis...???


- Jamil Khir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memengang portfolio Agama... Adakah jawatan itu digunakan sekadar untuk membaca Tahlil dan Talkin..????
WALL PHOTO : Madzamtoklah Madzam

JAMIL KHIR TIDAK MAHU ULAS KES QAZAF, MENGAPA ?

APABILA ditanya oleh wartawan kepada Jamil Khir mengapa tiada ulasan terhadap dakwaan fitnah zina video seks yang hangat diperkatakan sekarang, Menteri yang jaga agama ini menyebut bahawa kes itu kini di dalam siasatan Polis. Lojik ke?


Apakah selama ini Jamil Khir tidak pernah ulas kes liwat Anwar? Bukankah kes liwat juga dalam perbicaraan? Mungkin kerana isu video seks itu kantoi, maka Jamil Khir tidak mahu ulas apatah lagi dalangnya itu tokoh Umno iaitu bekas KM Melaka pula. Kita bukan mahu dia ulas siapa pelakun aksi lucah tersebut, kita mahu dia ulas dari segi hukum orang yang menjaja dan menayangkan aksi tersebut. Apa kena mengena dengan siasatan Polis jika sebut hukum di dalam Islam atas perbuatan tersebut?

Beliau diminta mengulas dalam bab Qazaf iaitu menuduh orang melakukan zina. Begini jawapannya, " Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di Alor Setar hari ini. (Malaysiakini)


Berat sungguh mulut Jamil Khir untuk memberi walau sepatah ayat berupa nasihat tentang perkara ini. Tetapi di dalam kes Liwat, berlainan pula nada Senator yang dilantik sebagai Menteri ini. Maka jelas, siapa Jamil Khir ini. Senator Mashitah, jangan disebut kerana memang terkenal dengan ampu sana ampu sini. Harussani? Macam biasa lah.


Golongan agama seperti ini lah yang sengaja membiarkan rakyat dialunkan dengan cerita-cerita jijik dan kotor siang dan malam. Jamil Khir kini buka topik baru, sasarannya Anwar juga. Kununnya Anwar bawa fahaman baru yang menyesatkan yang dipanggil `Pluralisme'. Tidak habis-habis pemimpin Umno mahu menuduh pembangkang sesat. Dulu, pemimpin Umno dakwa PAS parti ajaran sesat. Kini, Anwar pula bawa fahaman sesat. Yang tidak sesat, Umno dan Apco sahaja.


Cukup-cukuplah Jamil Khir cari makan secara begitu. Janganlah letakkan ilmu agama yang ada sebanyak tahi kuku tu di bawah punggung kamu. Cubalah bertindak cara berani walaupun akan kehilangan jawatan. Contohi lah bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato Hj Ishak Baharom bukannya seperti Zul Kulim yang baru mendapat habuan itu./wfauzdin.blogspot.com

No comments: