Friday, April 1, 2011

Taib Mahmud sudah nyanyuk?

EKSKLUSIF!!

Hilang akal atau tertekan Taib???
Taib Mahmud kini kelihatan terdesak dan terpaksa memilih untuk mempertahankan maruah dirinya menjelang kempen pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Ini adalah kerana dia cuba membidas tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang mengenai pelbagai kesalahannya seperti rampasan tanah, rasuah, nepostism dan menyalur keluar kekayaan Sarawak kepada bank-bank, perniagaan-perniagaan dan syarikat-syarikat hartanahnya di luar negara.

Para penasihatnya telah membuatnya menghadapi dan menjawab segala isu yang dibangkitkan bagi memulihkan kepercayaan para pengundinya yang kini kian marah. 

Suatu dari kaedah yang telah mereka laksanakan, yang dikenali sebagai ‘perang cyber’, adalah mempersembahkan beberapa siri tayangan video (yang disunting semula sebegitu rupa) temubual di mana dia menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh beberapa orang pemberita (termasuk seorang pemberita yang dibawa khas dari luar negara oleh syarikat PR). 

Kemudian liputan itu diterbitkan di dalam kebanyakan laman-laman web baru BN dalam usaha mereka untuk memenangi hati rakyat.

Lebih baik mendiamkan diri?

Hadapi tentangan: Boleh selesai atau
makin korek lubang kubur sendiri??
Namun si atuk ini sering kelihatan tidak selesa dengan peranannya semasa menjawab soalan-soalan yang ‘sukar yang menyentuh perkara-perkara yang sepatutnya dielakkannya seperti penghutanan semula, kekayaannya dan masalahnya dengan pemilik-pemilik tanah orang-orang peribumi – dan apa yang kita dapati akhirnya, adalah suatu kesilapan yang amat memalukan.


Dalam pengakuannya yang terkini Taib sekali lagi telah kelihatan berusaha untuk menamatkan dakwaan-dakwaan terhadapnya bahawa anaknya telah memperolehi segalanya hasil dari wangnya sendiri dan juga dari peluangnya selaku seorang ahli politik. 

Namun alasan-alasannya yang tak masuk akal ini telah menimbulkan keraguan bahawa dia seorang yang pelupa dan semakin nyanyuk:

“Anak-anak saya semuanya berpelajaran tinggi, mereka telah menjalankan perniagaan mereka di luar negara. 

Saya terpaksa melakukan perniagaan di luar negara sejak 30 tahun lalu. Alasannya mudah sahaja kerana saya tidak mahu perniagaan saya itu bercanggah dengan kepentingan tugas harian saya, yang akan menghantui saya. 

[Jika] saya berniaga di dalam negeri, orang akan mengatakan saya menggunakan pengaruh saya untuk menambahkan kekayaan saya, maka kami berniagalah di luar negara”

Apa yang orang tua itu telah lupa, tetapi kebanyakan penduduk Sarawak tidak, bahawa keluarga, khasnya anak-anaknya, SEMEMANGNYA memiliki bilangan perniagaan yang terbanyak di negeri Sarawak. 

Kebanyakan dari perniagaan mereka adalah merupakan perniagaan yang ‘diswastakan’ dari kerajaan Negeri Sarawak yang diberikan oleh Taib Mahmud sendiri dan beliau sentiasa mempastikan bahawa kontrak-kontrak besar kerajaan akan ‘dilaksanakan’ oleh perniagaan keluarga beliau!

Bermula dengan CMS, dan kini ke Titanium Management!

Inikah maksud "tiada perniagaan di Sarawak"?
Perhatikan nama siapa dan anak siapa yang
tertera di dalam kotak merah!!

Penemubual yang ‘jinak’, yang diterbangkan khas dari UK itu, bukan diupah untuk bertanyakan soalan-soalan susulan, jika tidak, maka dia akan bertanya, “Bagaimana pula dengan CMS dan Titanium Management?!”

Cahaya Mata Sarawak kini merupakan syarikat terbesar di Sarawak dan merupakan perniagaan utama di Malaysia – terlibat dalam urusniaga dari pembinaan bangunan hingga ke perbankan. Siapakah pemegang utama saham-saham mereka? 

Mereka sebenarnya, adalah, ahli-ahli keluarga Taib Mahmud sendiri. 

Sebenarnya menurut Laporan Tahunan bagi tahun 2009 yang diterbitkan secara on-line, pemegang terbesar ke atas saham-saham dalam CMS yang telahpun meninggal dunia – adalah mendiang isterinya, Laila! Laila memegang 11.23% saham-saham di syarikat itu yang bernilai RM94 juta.

Dua orang lagi pemegang saham-saham terbesar adalah anak-anak lelakinya, Abu Bekir dan Sulaiman, diikuti anak-anak perempuannya, Jamilah dan Hanifah, yang sama-sama memiliki syarikat Majaharta. 

Apakah maksud Taib dengan menyatakan bahawa beliau dan anak-anaknya hanya berniaga di luar negara sahaja? 

Dan adakah beliau mengharapkan bahawa para pengundinya menganggap arwah isterinya yang pernah memegang saham terbanyak dalam CMS dahulu itu hanya dongeng atau fitnah semata-mata?

Taib telah ‘menswastakan’ banyak perniagaan milik negeri ini kepada CMS miliknya itu sebaik sahaja beliau memerintah.

Begitu juga, beliau telah menswastakan suatu monopoli perniagaan kerajaan negeri yang melibatkan pengeluaran lesen-lesen perkapalan kepada sebuah lagi syarikat keluarganya, Achi Jaya (yang dikendalikan oleh adiknya, dan juga selaku rakan-niaganya, Onn Mahmud). 

Salahguna kuasa beginilah merupakan sebahagian dari asas kekayaan keluarganya disamping kegiatannya mencari kenalan niaga yang berlumba-lumba mendapatkan konsesi-konsesi pembalakan dan perladangan.

Taib telah menyalagunakan kuasanya untuk menambahkan kekayaan CMS

Jauh dari mengelakkan konflik kepentingan terhadap tugas dan tanggunjawabnya sebagai seorang menteri atau penjawat awam, para pembaca hanya perlu membaca secara imbasan Laporan Tahunan CMS bagi tahun 2009 yang diterbit secara on-line untuk mengetahui bagaimana Taib telah mengeksploitasi kedudukan-kedudukan tingginya sebagai Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber bagi mempastikan wang negeri dimasukkan ke dalam syarikat keluarganya.

Taib telah mempersembahkan video on-line yang berjudul “Financial Transparency in Sarawak” [Ketelusan Kewangan di Sarawak], tetapi beliau telah sebenarnya ‘merundingkan’ semua kontrak-kontrak mewah secara tertutup dan penuh rahsia. 

Sekali lagi, ini kerana, sebagai mana yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan bagi tahun 2009 syarikat CMS, Taib telah merundingkan semuanya pada dirinya sendiri!

Dalam masa setahun sahaja, kontrak-kontrak besar dari negeri Sarawak telah diberikan kepada CMS, termasuk pembinaan Bangunan Parlimen Negeri yang baru, bernilai RM296.5 juta; Pusat Konsvensyen Borneo (BCCK) yang baru, bernilai RM195 juta; Ibupejabat Sarawak Energy Berhad yang baru, bernilai RM232 juta dan sebuah jambatan yang merentasi laluan Batang Strap, bernilai RM20 juta. 

No comments: