Larangan tiket loteri ini mendapat bantahan daripada BN, terutamanya MCA. Dalam Pakatan Rakyat pula DAP dilihat menentang usaha ini. Kedua-dua pihak mungkin berbuat demikian kerana kepentingan undi atau sebab-sebab lain. PKR berada di tengah-tengah "jalan".
Di mana pula UMCO? Parti yang dicanang hebat membela Melayu dan Islam, sampai ada yang menganggap jika tiada UMCO, maka tamatlah "riwayat" Melayu dan Islam? Wow! Jika dalam kes penjualan bir dan alkhohol di Selangor suatu ketika dahulu, mereka berarak bagaikan pejuang Islam yang mahu mati syahid di medan peperangan, hari ini, dalam isu ini, mereka hilang entah ke mana. Di mana Pemuda UMCO? Di mana ahli UMCO untuk menyokong larangan ini? Tiada sepanduk, tiada kenyataan dibuat untuk menyokong PAS. Menyorokkah mereka? Atau mereka ini layak digelar... Munafik? Hipokrit?
Chua Soi Lek mahu membawa hal ini ke mahkamah. Selepas kantoi beraksi dalam video lucah, curang kepada isteri dan mengkhianati kepercayaan keluarga, apa lagi kredibiliti yang ada pada pemimpin ini? Mungkin tidak sesuai bercakap soal moral, dia bercakap soal tidak bermoral seperti judi dan sebagainya.
Kalau mahu bercerita soal kesan buruk judi, memanglah banyak, sampai tidak tertulis. Cuma, orang Cina, dalam hal ini, perlu bertanya kepada Chua Soi Lek, adakah pemimpin MCA itu mahu orang Cina terus hidup dalam lingkungan judi, menghambakan diri kepada judi, sehingga ada yang hidup menderita kerana judi?
No comments:
Post a Comment