'Ratu Berakhlak Cantik'
KL 30Mac 11: Di Arab Saudi pun ada pertandingan ratu cantik wanita. Tapi agak lain dari di negara-negara barat atau negara pengabdi-pengabdi budaya barat. Lain sikit bunyinya, iaitu 'Ratu Berakhlak Cantik'. Pertandingan terakhir berlaku di kota Safwa, beberapa waktu lalu. Uniknya, ia bebas dari liputan media. Kerana peraturan yang ketat dan soal pemisahaan antara kaum lelaki dan perempuan.
Khadra Al-Mubarak selaku ketua penyelenggara pertandingan 'Ratu Berakhlak Cantik', mengatakan, pertandingan kecantikan yang diselenggarakan berbeda dengan di negara lain. Ia lebih menekankan kecantikan ' inner beauty' peserta sesuai dengan standart nilai-nilai konservatif yang berlaku di Arab Saudi.
Sebelum diseleksi, menurut Al-Watan, para peserta perlu menjalani masa-masa ujian selama tiga bulan. Mulai dari test peribadi, psikologi, pengetahuan sosial dan budaya, serta observasi bagaimana sikap mereka di tengah keluarga masing-masing.
Pemenang terpilih menjadi 'Ratu Berakhlak Cantik' itu adalah Aya Ali Al-Mulla berusia 18 tahun. Ia berjaya mengalahkan 274 saingan. Sebagai pemenang Aya mendapatkan hadiah wang lebih dari 5000 riyal atau sekitar 1,333 USD... Sebuah kalung mutiara, jam tangan dan kalung berlian. Juga tiket perjalanan ke Malaysia. (IH)
Lihat sebelum ini...
No comments:
Post a Comment