Monday, March 28, 2011

MENGAPA TAIB MAHMUD HARUS BERUNDUR:

1.Dia telah menjadi Ketua Menteri selama 30 tahun, sudah terlalu lama.


2.Dia tak mahu mendengar pendapat seorang pun kecuali dirinya sendiri.

3.Dia memberi gambaran mengenai dirinya adalah seorang yang berbahaya, amat disanjung dan tidak boleh dikalahkan.

4.Dia tidak teragak-agak untuk menunjukkan kuasanya untuk memberitahu semua bahawa dia berkuasa, sangat berkuasa dan kebal dari sebarang tindakan -menyerlahkan gambaran seorang diktator.

5.Dia berada di luar kawalan. Tidak siapa yang mampu mengawalnya, bahkan Perdana Menteri. Seseorang yang berada di luar kawalan sangatlah berbahaya.

6.Dia tidak berada dalam kesihatan yang terbaik untuk mengurus negara. Dia sendiri beritahu dia menderita kanser usus besar.

7.Dia menghabiskan lebih banyak masa di luar Sarawak dari di dalam. Selama enam bulan terakhir, dia susah untuk berada di dalam Sarawak walaupun untuk selama satu bulan . Ini bererti dia tidak mempunyai masa untuk mentadbir Sarawak.
8.Dia dibayar gaji sebagai Ketua menteri . Tapi dia tidak bekerja sama sekali, dia lebih memilih untuk menghabiskan waktunya di luar negeri mencari peluang bisnes untuk meluaskan empayar bisnesnya, atau meneruskan bulan madunya dan Politiknya tentang pembangunan adalah salah satu 'Penipuan Besarnya'.

9.Dia membohongi Abang Johari, Adenan Satem dan Effendi Norwawi, dengan berkata kepada mereka bahawa mereka harus bersedia untuk mengambil alih jawatan KM. Namun setelah 30 tahun, mereka masih belum difikir bersedia dan mampu mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sarawak.

10.Dia tidak mahu sesiapa pun untuk menggantikannya. Seorang pemimpin tanpa pengganti bermakna tidak ada pemimpin sama sekali.

11.Dia tidak mampu bertoleransi kepada perbezaan pendapat. Dia tidak akan ragu-ragu untuk memecat anggota Kabinetnya, bahkan hanya pada provokasi yang sedikit.

12.Dia adalah orang yang sangat panas baran. Pada satu kesempatan, dia telah mencipta satu adegan awam dengan menendang pot bunga dan telah melemparkan buku-buku dan fail-fail kepada orang dalam keadaan marah.

13.Dia adalah seorang pendendam. Dia akan memastikan bahawa mereka yang menentangnya akan menderita seumur hidup mereka.

14.Dia berkecimpung dengan 'bomoh' dan ilmu hitam. Pakciknya, Tun Abdul Rahman Yaakub, orang pertama yang menuduh dia percaya kepada 'Occult dan Dark Side', sudah tentu pakciknya lebih mengenalinya.

15.Dia mengamalkan sikap pilih kasih dalam Perkhidmatan Awam di Sarawak. Pegawai-pegawainya begitu senang untuk menjadi ketua jabatan, sedangkan ada kakitangan yang lebih senior dan lebih layak. Kepegawaian Di sarawak telah menjadi institusi yang sangat demoralisasi sebagai hasilnya.

16.Dia adalah Ketua Besar dalam 'divide-and-rule game'. Sebagai CM, dia seharus bettanggungjawab dalam usaha penyatuan di antara kaum-kaum di Sarawak. Sebaliknya, dia menggunakan kuasanya untuk memisahkan mereka.

17.Dia juga menjaga portfolio Ketua Menteri untuk dirinya sendiri, dia tidak mahu menunjuk kuasa dan bidang kuasa kepada rakan-rakannya di Kabinet. Dengan portfolio rekaan dirinya sendiri, dia mengendalikan hampir semua sumber di Sarawak.

18.Dia tidak mengamalkan transparansi dan akuntabilitas dalam pengendalian dana pembangunan kerajaan dan projek.

19.Dia tidak mengamalkan 'Tender Terbuka'. Kontrak-kontrak awam menjadi perniagaan peribadinya, meraih projek-projek untuk dirinya sendiri. Yang dia tahu adalah "Ini aku, milikku dan diriku sendiri".

20.Dia dianggap sebagai pengganggu dari urutan tertinggi di antara pihak komponen dalam BN Sarawak.

21.Dia tidak mampu meningkatkan taraf hidup Rakyat Sarawak, terutama masyarakat Dayak. Sebaliknya, ia menyalahgunakan kekuasaannya untuk membuat mereka tunduk kepada arahannya.

22.Dia tidak memberi perhatian kepada penderitaan kumpulan pribumi di Sarawak, walhal dia telah merompak mereka dari tanah NCR mereka melalui syarikat ladang yang dimiliki oleh keluarga dan kroni. Dia tidak pernah mengatakan apa-apa selepas mengetahui gadis Penan diperkosa oleh pembalak.

23.Dia meneruskan 'pelacuran' terhadap sumber Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan dan tidak pernah berjuang untuk kepentingan Sarawak di Semenanjung Malaysia. kegagalannya untuk mendapatkan hak Rakyat Sarawak terhadap Perjanjian Minyak adalah contohnya.

24.Dia telah gagal atau tidak cukup untuk membangunkan Sarawak berada setara dengan Semenanjung Malaysia, sehingga Sarawak secara konsistennya berada 20 tahun lebih mundur dibandingkan dengan semenanjung dibawah pentadbirannya.

25.Dia yang bertanggungjawab membenarkan UMNO untuk menang dan mendominasi Sarawak dengan jumlah yang banyak pada masa yang sama mengabaikan hak-hak dan kepentingan masyarakat minoriti Sarawak. Parti UMNO adalah salah satu Parti Politik yang Rakyat Sarawak tidak mahu lihat di Sarawak.

26.Dia melayan Parti Pembangkang secara tidak adil di dalam dan di luar sidang DUN. Dia mengendalikan seluruh Gedung dan memastikan bahawa tuduhan tentang urusan yang meragukan itu tidak dicatat dalam 'Hansard' majlis itu.

27.'He favours skewed delineation of electoral boundaries' untuk memastikan mempunyai jumlah yang cukup untuk mengekalkan penguasannya.Gerrymandering bermaharajalela dalam setiap 'new delineation exercise in Sarawak'.

28.Dia terkenal kerana meninggalkan Rakyat Sarawak dalam kesukaran pada saat bencana alam seperti kejadian kabut dan banjir besar. Dia meninggalkan negara setiap kali diselimuti oleh kabut sedangkan dia yang bertanggung jawab atas kerosakkan hutan di Sarawak.

29.Kekayaannya sukar diterima akal. kekayaan besarnya diyakini dikumpulkan melalui cara haram dan tidak jujur.

30.Dia langsung tidak memberikan respon untuk semua tuduhan demi tuduhan terhadapnya sebagai dinyatakan di dalam Sarawak Report website, Bruno Manser Fund dan sumber-sumber yang lain walaupun terdapat bukti-bukti. MoCS telah mengumumkan bahawa dia bersalah atas semua tuduhan yang dilabel padanya pada tarikh 13 Mac tahun ini.
MoCS juga meminta Taib Mahmud untuk merenungkan kesemua 30 alasan ini mengapa dia harus mengundurkan diri pada Ulangtahun ke-30 dia menerajui Sarawak.

Ada Aku Kesah

No comments: