Krisis air paling teruk
PM jangan dok kalut kempen Sarawak ja. Nie negeri hang dah dekat nak darurat dah ni. Umum juta- juta ringgit untuk negeri orang, yang negeri hang dah gegaq gempa pasai ayaq!!!!!
Mana pi Ismail Sabri Yaakob ( Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan & Ahli Parlimen BERA) & Saifuddin Abdullah (timbalan menteri pengajian Tinggi & ahli parlimen ).
TEMERLOH Bera Mentakab – Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk di sekitar bandar Temerloh, Bera, Mentakab dan Seberang Temerloh termasukHospital Sultan Haji Ahmad Shah terputus bekalan air sejak empat hari lalu hingga mendatangkan kemarahan mereka terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA).
Difahamkan masalah yang berlaku di beberapa taman perumahan dan kampung tradisional itu adalah antara krisis air paling teruk di daerah ini sejak banjir besar penghujung 2007.
Di Taman Setia Jasa, seramai 1,800 penduduk memasang sembilan kain rentang yang mengandungi pelbagai ayat untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap JBA berhubung masalah bekalan air itu.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pelanggan JBA Pahang, Jalaini Jasman berkata, masalah itu berlaku berikutan paip utama bersaiz 600 milimeter (mm) yang membekalkan air dari loji Kampung Lubuk Kawah pecah.
( tak kan lah paip 60cm pun hang ambik masa lama macam ni? )
Menurutnya, JBA mengenal pasti lokasi pecah di Kampung Megat Segama dan kerja-kerja baik pulih sudah selesai namun ia memerlukan sedikit masa untuk pulih sepenuhnya kerana berlaku tekanan udara yang tinggi dalam paip.
No comments:
Post a Comment