
Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac.
Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak.
Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU.
Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu.
*Chan Wei See ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.
Artikel Berkaitan : Polis ‘kepung’ rumah Azmin
No comments:
Post a Comment