Aku tidak akan komen panjang entry neh. Tetapi sebagai orang islam, aku, ko dan kita semua [penganut islam] tahu sangat bahawa ;
1. Alquran ialah kitab suci tak kira baru ataupun berusia lama [rupa luaran]
3. Alquran dibentuk-kan dalam keadaan zat yang kita boleh pegang tetapi meskipun Alquran berusia lama dibakar [bagi mengelakkan di pijak2, disalahgunakan pada masa akan datang] zat hikmah yang terkandung dalam Alquran tak akan hilang.
4. Alquran bukan individu. Ia adalah kalam Allah swt. Kalam = kata-kata. Yakni bermaksud Alquran ialah kata-kata langsung dari Allah swt [yang disampaikan menerusi malaikat] kepada umat manusia. Alquran dibekalkan oleh Allah swt kepada kita sebagai pembimbing untuk menerangkan kepada kita bagaimana harus kita selusuri kehidupan alam ini mengunakan pelbagai akal. [akal iman, akal logik, akal hukum, etc]
Baca bawah ;
Kita dah faham sangat penghinaan mereka terhadap ulama. Cuma kita tak faham apa kena mengena Alquran dalam kebencian dia terhadap Nik Aziz? Nik aziz bukan Alquran pun. Gila ke menyamakan ulama = Alquran pula..? Bodoh ke dia neh? Kalau tak suka nik aziz pun, jangan babitkan Alquran.
Aku tak galak sesiapa pergi hina nik aziz. Aku cuma cakap, kalau tak suka nik aziz, jangan babitkan Alquran. Itu je.
Neh sambungan petikan di atas bagi mereka yang nak bacaan penuh ;
Kalau sekiranya Nik Aziz tidak dapat memberikan jawapan yang jelas dalam soal ini saya harap Nik Aziz tidak akan merasa tersinggung apabila beliau dianggap sebagai ulama politik yang hanya pandai memutarbelit keadaan sebenar untuk kepentingan parti sahaja.”Zam yang juga penyandang Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Mahathir di Universiti Utara Malaysia (UUM) akui bahawa sememangnya Nik Aziz mempunyai kekuatan dalam mengelirukan masyarakat sebagai seorang yang banyak membuat fatwa-fatwa yang boleh menimbulkan salah faham kepada umat Islam.“Umpamanya Nik Aziz pernah menyatakan bahawa orang-orang yang menuduhnya harus menjawab kepadanya di akhirat seolah-olah dia orang benar dan banyak lagi, malah dia pernah menyatakan bahawa saya ini budak celaka. Saya terkejut bagaimana dia sebagai seorang ulama boleh berkata demikian.”Tambahnya lagi, kebiasaannya apa juga yang dikatakan oleh Nik Aziz akan mudah dipercayai lantaran sikapnya yang meyakinkan orang kerana bijak bermain retorik.“Nik Aziz tidak menukarkan imejnya dari sejak dia jadi anggota Dewan Rakyat pada tahun 1963 hingga sekarang dari segi pemakaian dan mengajar agama sedangkan orang lain bertukar. Ini adalah sesuatu kekebalannya tetapi disebaliknya pelbagai pembohongan dengan perkara yang tidak logik dan fatwa-fatwa yang tidak betul telah dikeluarkan.“Pemimpin Pas ini tidak sedar bahawa segala sebutan mereka itu telah mendedahkan imej mereka sendiri dan ini jelas apabila kita nampak ketakutan mereka malahan video-video caci maki mereka terhadap pemimpin kerajaan juga hilang dari pasaran ketika itu apabila pendedahan secara meluas dibuat oleh media,” katanya.Terangnya lagi, ini secara tidak langsung telah membetulkan akhlak mereka ketika itu kerana apa yang mereka katakan dulu, mereka tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang, apatah lagi sikap mereka yang berubah-ubah.“Mereka ini bukanlah ulama sezaman tetapi ulama-ulama kuno yang kolot dan ketinggalan zaman,” tegasnya lagi. - MediaUMNO
Ameno : Dulu hina ulama, kini hina Alquran.
No comments:
Post a Comment