Friday, April 15, 2011

TV3 "SPIN" Raja Petra!!!

[MK] Presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim berkata, beliau percaya kenyataan pengerusinya, Raja Petra Kamaruddin telah diputarbelit oleh stesen TV3.

Kenyataan berkenaan disiarkan stesen berkenaan dalam slot berita waktu perdana secara berturut-turut sejak malam kelmarin.

NONEHaris menjelaskan, Raja Petra dalam temuramah berkenaan hanya menamakan seorang individu yang didakwa telah memberitahu beliau mengenai dakwaan berhubung penglibatan isteri perdana menteri dalam kes pembunuhan Altantuya.

"Tetapi suara latar (laporan TV3) itu berkata beliau mendapat maklumat dari beberapa individu," katanya mengulas temubual Raja Petra dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah.

Kenyataan Raja Petra dalam temubual itu juga bukanlah satu "pengakuan," seperti laporan stesen televisyen berkenaan.

Jelasnya, Raja Petra malah telah meminta pihak berkuasa menyiasat individu yang dinamakannya dalam temubual berkenaan.

Haris juga berkata, temubual itu dijalankan selama lebih sejam Februari lalu.

Raja Petra memberitahu beliau demikian dalam satu perbualan telefon dengan penulis blog popular itu hari ini, kata Haris.

"(Kandungan) temubual selebihnya itu kita masih tidak tahu.

"Jadi saya cabar TV3 untuk siarkan temuramah itu sepenuhnya tanpa suntingan," katanya lagi kepada media di pejabat MCLM hari ini.

Tambahnya, beliau juga percaya Raja Petra telah "terlepas pandang" mengenai "bahaya" yang mungkin timbul apabila ditemuramah TV3.
P/s: RPK kena "spin" dengan TV3? Gatal terima pelawaan mengapa?

duniacacamarba



KUALA LUMPUR, 15 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamaruddin menegaskan beliau masih bersama barisan pembangkang sambil menafikan beliau telah membelot hanya kerana memberi TV3 satu temu bual eksklusif, yang disiarkan semalam dan kelmarin.

Raja Petra (gambar) mencetuskan kegemparan dua hari lalu apabila dalam temu bual itu mengatakan bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menter Datuk Seri Najib Razak atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Editor portal Malaysia Today ini menjelaskan keputusan memberikan temu bual itu kepada The Malaysia Insider hari ini.

Respons penuh adalah seperti berikut:

TMI: Baru-baru ini anda berada di Australia, bermakna anda mempunyai pasport untuk mengembara. Di mana anda berada sekarang dan di mana anda tinggal (sekarang)? Adakah anda akan balik ke Malaysia dalam waktu terdekat?

RPK: Sekarang saya di Bali. Dan, tidak. Saya tidak akan balik ke Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga kerajaan (yang ada sekarang) tukar. Jika Barisan Nasional (masih memerintah, maka saya sepatutnya akan dikebumikan di Brookwood sebelah ibu saya apabila saya meninggal dunia.

Mengapa anda bertanya sama ada saya balik ke Malaysia? Disebabkan temu bual saya dengan TV3? Jika saya mengadakan temu bual dengan TV3 dan kemudian kembali ke Malaysia (yang bermakna saya tidak boleh jika saya tidak memberikan temu bual), bukannya terlalu jelas bahawa temu bual itu menyebabkan (saya) membelot?

Langkah bodoh, bukan anda fikir begitu?

TMI: Mengapa anda memberikan TV3 temu bual? Anda pernah menyerang akhbar, khususnya media arus perdana di Malaysia sebelum ini. Mengapa percaya mereka? Apakah tiada ruang lain?

RPK: Adakah saya perlu percaya mereka untuk memberikan satu temu bual? Saya tidak percaya sama ada anda sendiri atau Malaysia Insider. Saya fikri anda alat bagi Khairy Jamaluddin dan Kalimullah Hassan. Lagi anda hantar (soalan) dan saya pun jawab.

Anda datang kepada saya. Saya tidak pergi kepada anda. TV3 juga datang jumpa saya. Saya tidak pergi jumpa mereka.

(Nota: The Malaysian Insider tiada apa-apa kaitan dengan Khairy Jamaluddin atau Datuk Seri Kalimullah Hassan)

No comments: