Friday, April 15, 2011

Saya tidak edar VIDEO SEKS YB Haji KJ


(Gambar hiasan)
[FMT] PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) mencabar Khairy Jamaluddin membuat laporan polis jika benar beliau mengedarkan video seks kononnya membabitkan ketua pemuda Umno itu.

Badrul Hisham, yang juga Ketua Cabang PKR Rembau itu menegaskan, beliau tidak mengedarkan video di perkarangan masjid Paroi sebagaimana didakwa.

Sebaliknya beliau mendakwa, video tersebut diedarkan oleh orang Umno yang mahu melihat Khairy kalah dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya itu, Khairy menewaskan Badrul Hisham di parlimen Rembau dengan majoriti 5,746 undi.

Bagaimanapun, Badrul Hisham mendakwa kemenangan lawannya itu kerana dibantu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

“Orang Umno mengedarkan video tersebut untuk membantu saya mengalahkan Khairy,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis oleh Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Rembau Mohd Safariladira Abdullah di balai polis Chembung, 7 April lalu.

Laporan itu dibuat ekoran kenyataan Badrul Hisham bahawa beliau menerima rakaman video seks dalam kempen pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, Badrul Hisham berkata, beliau mengarahkan video berkenaan dimusnahkan kerana tidak mahu politik selak kain dijadikan modal kempen.

Beliau juga mendakwa Khairy membuat tuduhan ke atasnya secara melampau dan tidak tentu arah.

“KJ (Khairy Jamaluddin) sudah panik dan terlalu emosi. Saya tahu dia sudah membuat laporan polis terhadap saya, bukan sekali tetapi banyak kali selepas pilihan raya 2008.

“Terpulang kepada beliau nak buat apa, saya tidak peduli lagi,” katanya. - kafesantai

No comments: