Friday, April 15, 2011

Jilat ‘ludah’ Makan ‘tahi’

PELIK tapi BENAR. Apabila ‘musuh’ memuji ‘musuh’ sudah pasti akan menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan. Apakah ‘musuh’ itu telah jadi ‘kawan’ atau ‘musuh’ sudah hilang akal masing-masing.


Hari ini telah masuk hari kedua apabila ‘rakan’ baik Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu Raja Petra Kamaruddin yang terkenal dengan panggilan ‘RPK’ pengendali laman blog “Malaysia Today” mula berpaling tadah.
RPK telah membuat penafian yang bersungguh-sungguh bahawa beliau tidak pernah menuduh atau mengaitkan nama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan kes pembunuhan Altantunya.

Bahkan, Najib sendiri dikatakan memuji pula RPK dan berterima kasih kerana telah membersihkan namanya dan isteri berkaitan kes tersebut.


Kata Dato’ Seri Najib, beliau bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan pendedahan penulis blog MalaysiaToday, Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Justeru itu, beliau menyerahkan kepada anggota masyarakat dan rakyat seluruhnya untuk menilai ‘pendedahan’ Raja Petra itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hotel Seri Malaysia di Lawas, Sarawak, 13 April lalu.

Pada pandangan Awang sendiri tentang pendedahan yang dibuat oleh RPK itu ternyata nampak semacam suatu pembohongan terancang serta tidak jujur.
Buktinya, setiap kali ucapan dikeluarkan oleh RPK itu kelihatan ‘LIDAH’nya sentiada terjelir keluar dengan menjilat bibirnya. Ini samalah seperti ‘BIAWAK’ yang sesekejap akan mengeluarkan ‘LIDAH BERCABANG’nya.

Maka, ada orang mengatakan yang RPK itu bercakap bohong dan pepatah Melayu bagi orang bercakap bohong dikatakan juga sebagai ‘lidah bercabang’.

Persoalannya, BENARKAH…RPK itu bercakap bohong.? 

Apakah RPK telah mendapat ‘HABUAN’ yang lumayan dari ‘musuh’ politiknya. Tidakkah semua rakyat Malaysia dan dunia tahu yang RPK adalah ‘MUSUH NO.1 NEGARA’ sebelum beliau lari ke luar negara.

Sehebat-hebat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pun tidak dapat mengesan di mana RPK berada dan melarikan diri ke mana sehinggalah dia ditemubual oleh pihak Eksekutif TV3 dua hari lalu.

Rakyat pun tahu sebagaimana yang diberitakan bahawa RPK seorang ‘pengkhianat’, ‘pemeras ugut di internet’ dan seribu satu macam tuduhan.

Tiba-tiba hari ini, semua pemimpin negara termasuk Najib sendiri memuji dan berterima kasih kepada RPK. Dan RPK pun dijadikan ‘HERO’ baru Umno dan BN yang telah menyelamatkan reputasi PM dan ‘BN’ (Bini Najib).

Dan sesungguhnya, RPK yang menjadi ‘ancaman’ kepada negara suatu ketika dahulu juga telah ‘diselamat-larikan’ oleh salah seorang dari kumpulan Datuk T. Dikatakan orang ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah adalah individu yang bertanggungjawab ‘melarikan’ RPK keluar negara.
Sumber Umno-BN memberitahu Awang, Dato’ Eskay itu adalah ‘pembekal’ wanita-wanita yang ingin ‘dipakai-guna’ oleh setiap pemimpin Umno-BN dan ahli korporat lain di luar negara. Betul atau tidak, itu Awang tidak berani sahkan tetapi maklumatnya macam itulah.


Cuba kita perhatikan semula beberapa ungkapan RPT ketika ditemubual oleh pihak wakil TV3 di Australia.
"Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu."
"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD.


“Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri Timbalan Perdana Menteri (Rosmah) semasa itu ada di tempat kejadian.

“Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis." jelasnya.

Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu yang mempengaruhinya untuk berbuat demikian.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican. Seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama dan RPK kemudian mengaitkan pula dengan nama Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau menerima maklumat berkenaan daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu, kerana tempat itu… kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12.00 malam, saya ingat mustahil kot." ujarnya dalam siaran Buletin TV3.

Tambah Raja Petra, tujuan mereka ialah untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya.


Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"What do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah".

Menurut RPK lagi, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi green light.
“Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed." jelasnya.
Manakala, dalam tulisan blognya RPK berkata demikian bagi mempertahankan kebenaran pengakuannya itu.
"Sudah tiga tahun saya menulis untuk menerangkan akuan bersumpah yang saya tandatangani pada Jun 2008. Saya juga telah merakamkan video tentang hal yang sama, kini di Youtube, di samping memberikan ceramah tentang isu ini di merata tempat.


"Tetapi sehingga hari ini, penjelasan saya tidak diambil peduli. Mereka tegas memahami ceritanya adalah: Saya mendakwa Rosmah dan dua Lt Koloner berada di tempat pembunuhan Altantuya di malam beliau dibunuh," tulis Raja Petra dalam blognya.
Kesimpulannya, Awang percaya selepas ini RPK tidak lagi ‘dihormati’ sebagai seorang pejuang keadilan dalam Negara ini. Dan dia (RPK) benar-benar menjadi ‘pengkhianat’ negara.


Selepas ini, laman web “Malaysia Today” yang tersohor dan terkenal itu akan dicemuh oleh seluruh rakyat yang melihat ‘kebenaran’ yang hakiki. Segala-galanya, telah selesai dan RPK telah pun ‘menjilat’ kembali ludahnya dan ‘makan’ semula tahi-tahi yang dibuangnya.

Maka, bermula hari ini orang ramai dan rakyat seluruhnya tidak lagi mempercayai laporan “Malaysia Today” dan “Malaysia Today” akan ‘HILANG KREDIBILITI’nya. Kita tunggu dan lihat….

NOTA: “BERJUANG KERANA SEMANGAT TIDAK KE MANA…TETAPI BERJUANG KERANA ALLAH MENUJU KEJAYAAN”-kam 

No comments: