Thursday, April 14, 2011

INI SEMUA KERJA BANGANG.


SIAPA SEBENAR NYA YANG KAITKAN NAJIB DENGAN ALTANTUYA ?

Juak UMNO dan TV3 cuba merungkai siapa yang kaitkan Najib dengan Altantuya.

Maka temuramah eksklusif pun dibuat dalam dua siri untuk membongkar siapa dalang yang kaitkan Najib dengan Altantuya.

INI SEMUA KERJA BANGANG.
BULETIN UTAMA TV3 TAK PERLU NAK BONGKAR. 
INI HANYA MENAMBAH PARAH PADA NAJIB.

Biar aku dedahkan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidWDaR7etT2JgB_nq2NWF-6gvnK4GxZMBHuXNr2ZgLLpq3d8iCd9vd1HQvh5CX0NQFecfegdtjdNUoyOGMpi4M0jt9chXq-xrYTQe9SWT-s52cJMEcrELE41gsOJtbrXFObDgpB_KYIR4/s320/NAJIB_1.jpg
Kisah nya mudah. 

Najib nak beli kapal selam untuk kerajaan Malaysia.

Masa itu dia Menteri Pertahanan.
Ini benda biasa , ini seperti Hishamudin Hussein nak beli trak untuk PDRM.

Takde apa yang pelik beli Najib nak beli kapal selam untuk kerajaan Malaysia.
http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/kapalselam.jpg
Jadi bila Najib nak beli kapal selam.

Najib tak boleh beli sendiri.
Itu pelik.

Maka dia pun suruh lah teman baik nya Razak Baginda untuk beli.

Razak Baginda yang pejabatnya di Jalan Ampang Bangunan Lembaga Getah pun kata ok la dekat Najib.

" ...I cari kan la kapal selam tu....."

Razak Baginda beli kapal selam tu pakai kompeni bini dia ;

Perimekar Sdn Bhd nama kompeni yang beli kapal selam dari DCNS satu pemain industri dari Perancis.
http://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/image/20100419/ln-sasia-abd.jpg
Razak Baginda nak beli kapal selam dari Pemain Industri Antarabangsa.

Ini kerana kapal selam tidak boleh dibeli di kedai used car di Jalan Yap Kwan Seng.

Maka Razak Baginda perlu seorang jurubahasa.

Ini untuk Razak Baginda tanya  " quel est le prix de Kapal Selam ? "

Jadi seorang jurubahasa dari Mongolia pun dipanggil.
http://www.hot-screensaver.com/wp-myimages/altantuya-shaariibuu.jpg
Altantuya Sharibuu nama awek jurubahasa ni.

Mengapa Razak Baginda memilih jurubahasa yang seksi seperti ini ?

Bagi aku ini merupakan pilihan yang baik.
Kalau lah aku mahu memilih jurubahsa untuk projek aku.
Aku pun tidak mahu jurubahsa seorang lelaki boroi seperti dalm video Dato T !

Ini pilihan dan 'taste' yang baik.

Baik seterusnya................

Aku rasa apa yang berlaku di atas adalah satu benda normal , kalaupun ada unsur rasuah sebab Najib suruh Razak Baginda cari kapal selam untuk kerajaan Malaysia.

Aku lihat ini benda biasa sebab makcik aku yang kerja dekat Kementerian  pun ada suruh aku cari A4 paper untuk supply pada Kementerian. kah kah kah  

Masalah mula timbul apabila awek jurubahasa ini mati kena bom C4.

Dari situ masalah bermula................ 

AWEK JURUBAHSA NI MATI KENA BOM C4 !
http://media.moddb.com/images/games/1/11/10744/c4bomblarge.jpg

http://dupahang.files.wordpress.com/2009/11/altantuya-2.gif
AWEK JURUBAHASA YANG DIUPAH RAZAK BAGINDA INI
MATI BERSEPAI !

Maka PDRM pun siasat siapa bunuh Altantuya.
http://lucialai.org/UserFiles/Image/people/sirul_azilah.jpg
Sirul dan Azilah lah yang bunuh dan bom Altantuya.

Setelah bicara di Mahkamah Sirul dan Azilah didapati bersalah bunuh Altantuya.
Maka dua anak muda PDRM ini digantung.

Bukan ke aniaya dekat diorang berdua tu ?
Takpe. Itu isu lain.

Maka kerja Sirul dan Azilah ini adalah :

PEGAWAI PENGIRING PERIBADI NAJIB DAN ROSMAH !
http://www.mysinchew.com/files/preview/292x300..rosmah-4.JPG
APA YANG AKU TULIS NI BUKAN CAKAP KEDAI KOPI.

INI SEMUA FAKTA YANG DISANDAR DARI FAKTA MAHKAMAH.

JADI TAK PERLU NAK JADI PROFESOR ATAU DOKTOR
UNTUK PAHAM BAHAWA.......................

# 1

Kalau Sirul dan Azilah tidak menjadi pegawai pengiring Najib maka mereka berdua tidak akan disuruh untuk bom Altantuya yang akibatnya kedua-dua digantung mati.

# 2

Kalau Najib tak suruh Razak Baginda cari kapal selam , maka tak perlu Razak Baginda nak cari jurubahsa Altantuya.

# 3

Dan apabila Altantuya tidak diupah oleh Razak Baginda maka tak kan pula di bom Altantuya ni oleh Sirul dan Azilah.

Pusing-pusing mana pun.
Itu lah orang nya.

Yang nak beli kapal selam tu adalah Najib.
Bukan Taib Mahmud.

Taib Mahmud dan Alfred Jabu tak terlibat dalam kes bunuh Altantuya nih.

Jangan fitnah Taib Mahmud dan Alfred Jabu.

INI BUKAN PENDEDAHAN.
INI BUDAK SEKOLAH PUN TAHU !!!

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

BODOH PUNYA TV3 !!!!!!!!!


APA PERANAN NAJIB?
KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta didalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. 

Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.

Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini. 

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh "sumber yang boleh dipercayai" berkenaan perkara ini.

Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada
kerajaan Malaysia. 

Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam.

Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah. Adalah mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan 'disapu ke bawah permaidani'. 

Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan
siasatan.

N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

No comments: