Sunday, April 10, 2011

Kenali STELLA Kharleen Tashman bomoh Taib Mahmud


Stella atau Kharleen Tashman

Stella ialah seorang rakyat Australia berketurunan Lebanon bernamaKharleen Tashman. Stella (yang dikatakan datangnya dari kaum gipsi di Sydney) telah dibawa masuk oleh Robert dan Raziah pada tahun 2002 untuk menjadi penasihat peribadi ilmu hitam kepada Raziah!.

Raziah Mahmud

Selepas itu, Raziah dengan cerdik mengembangkan pengaruhnya ke atas Taib, dengan mengeksploitasi kesedihan Taib di atas kematian saudara rapatnya, Arip, yang telah meninggal dunia akibat serangan barah paru-paru pada tahun 2005. Menurut ahli keluarga mereka, Stella dikatakan telah ‘memindahkan aura Arip’ kepada Raziah, dan kini Raziah mempunyai karisma seperti Arip!

Raziah akhirnya berjaya meyakinkan Taib dengan mendakwa dirinya kini layak menggantikan Arip sebagai rakan-niaga dan perancang kepada Taib (dahulunya tugas tersebut dilaksanakan oleh saudara mereka, Onn Mahmud, yang kemudiannya telah bersengketa dengan Raziah dan ahli-ahli keluarga mereka yang lain). 

Stella tidak sukar untuk mempengaruhi Taib, tambahan pula dia tinggal bersama keluarga Raziah, yang bersebelahan dengan kediaman Taib. 

“Setiap awal pagi Stella akan datang ke laman rumah Taib untuk melakukan upacara mengusir mahluk-mahluk jahat” kata seorang pemberi maklumat kami.

Seorang lagi kenalan rapat keluarga Taib juga memberitahu kami,“Ketamakan Taib semakin menjadi-jadi sejak dibawah pengaruh Raziah. Dialah yang paling berkuasa di Sarawak, bukannya Taib. Taib telah dipukau. Dia telah berkuasa ke atas Taib sebaik sahaja Laila meninggal!”

Kehadiran Stella di beberapa majlis keluarga dan majlis-majlis kenalan rapat mereka dibuktikan dengan beberapa gambar, di mana dia sering diajak bergambar bersama keluarga itu. Pada majlis perkahwinan Elia pada tahun 2010, Stella juga turut dijemput duduk bersama-sama tetamu kehormat mereka. Malah Stella juga turut menghadiri Pertunjukan Fesyen Pakaian Islam di Monaco, yang dibiayai oleh Taib bagi pihak isteri PM, Rosmah Mansor, sebagai suatu cara meyakinkan Najib menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kini. 

Stella (dua dari kiri) dan Raziah Mahmud (tiga dari kanan) ketika menghadiri menghadiri Pertunjukan Fesyen Pakaian Islam di Monaco.

Jumlah upah yang diterima Stella amatlah menakjubkan ketika dia berada di kemuncak kegiatan kebomohannya. Biasanya dia akan menerima upah sebanyak RM10,000 sekali dalam dua bulan. Setelah mendapat upah dia akan kembali ke Sydney. Malah, kami juga diberitahu, bahawa ibu kepada empat orang anak itu telah menerima setengah juta ringgit sebagai upah perkhidmatanya!.

Tiga bomoh Taib Mahmud yang turut hadir pada hari penamaan calon.

Tiga bomoh ini turut hadir semasa penamaan calon N51 DUN Balingian, seorang dipercayai rakyat Australia (Stella) dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib – Raziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.

Datuk Salleh Jafaruddin

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh ‘bomoh luar negara’.

“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya. 

“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.

“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh pada sidang media kelmarin.

Kredit : Mkini, Sarawak Report

No comments: