Friday, April 15, 2011

Umno tidak akan diterima di Sarawak


Kenapa Umno masih malu dan ketinggalan berbanding PAS, PKR dan DAP untuk bertapak di Sarawak? Apakah Umno yakin dengan kesetiaan PBB sebagai kerabat BN di Bumi Kenyalang itu? Atau Umno menunggu sehingga Taib Mahmud berundur daripada pucuk pimpinan.

Sarawak satu-satunya negeri yang masih belum mampu diterjah oleh Umno. Umno tidak ada apa-apa untuk dibanggakan oleh rakyat di Sarawak. Tanpa Umno, Sarawak didakwa terus menuju kemajuan.

Ini membuktikan negeri-negeri lain juga mampu memberi kemajuan dan keselesaan kepada rakyat jika ditakdirkan tidak ada Umno. Sarawak patut jadi pembukan mata dan minda rakyat negeri lain di Malaysia.

Sistem politik di Sarawak juga telus dan mesra. Adalah perkara biasa dalam satu keluarga mempunyai pandangan dan aliran politik yang berbeza dan ia tidak menimbulkan masalah pada ikatan kekeluargaan. mereka boleh hidup aman dan harmoni di bawah satu bumbung. Ini sangat berlainan di Semenanjung. Maknanya rakyat Sarawak lebih matang pemikirannya dari segi politik. Ini hasil didikan PBB yang Umno perlu belajar. Mereka lebih dulu mengamalkan konsep satu Malaysia dan ini diakui pemimpin BN di Kuala Lumpur.

Ini bermakna Taib Mahmud sendiri lebih bijak daripada pemimpin Umno yang ada dan ini menjadikan Umno malu untuk memulakan langkah untuk bertapak di Sarawak. Apa yang boleh ditunjuk ajar oleh Umno kepada PBB sedangkan Taib Mahmud pemimpin paling lama berkuasa sebagai Ketua Menteri, malah lebih lama berpolitik daripada Perdana Menteri sendiri. Kalau Umno cuba mengembangkan sayapnya ke Bumi Kenyalang itu ketika Taib Mahmud masih berkuasa ia seperti menempah kuburnya sendiri.

Memang ada jalan yang tersirat untuk Umno menapak di Sarawak, tanpa mengambil mana-mana kerusi yang ditandingi PBB dan komponen lain BN, iaitu dengan membuka seberapa banyak gugusan Felda dan membawa peneroka-peneroka daripada Semenanjung dan mengarahkan SPR membuat persempadan semula kawasan pilihan raya. Walau bagaimanapun, langkah ini mungkin dapat dilaksanakan apabila Sarawak mempunyai seorang Ketua Menteri yang baru yang terhutang budi kepada Perdana Menteri.

Taib Mahmud tidak akan menyerahkan tanah Sarawak kepada Felda sewenang-wenangnya. Jika kedudukannya terancam PBB mungkin lebih senang bergabung dengan Pakatan Rakyat untuk terus kekal di tampuk pemerintahan. Jika ini berlaku Umno akan kehilangan simpanan tetapnya dan ia tidak akan dapat melakukan seperti yang berlaku kepada Perak.

Atau Umno memang tidak mempunyai kekuatan dan pengaruh kerana tidak ada yang menyokong perjuanganya di Bumi Kenyalang itu. Atau rakyat Sarawak tidak mahu terperangkap

No comments: