Salam Sejahtera.
Selalu yang kita dok nampak atau kenali wajah ketua pemuda PERKASA dengan gaya songkok tingginya...
Tetapi hari ini tak lagi dah, ia dah berwajah baru,, seperti dalam gambar ...
Bekas ketua pemuda kecewa Perkasa tak sertai protes Alkitab
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
April 15, 2011
Protes anjuran Pembela di pekarangan Masjid Negara hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 15 April — Bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah mempertikaikan tindakan pertubuhan membela hak Melayu itu yang tidak sertai bersama perhimpunan aman membantah kitab Injil versi Bahasa Malaysia di Masjid Negara hari ini.
Menurut Arman Azha, sepatutnya Perkasa menyertai perhimpunan aman anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) membantah keputusan Putrajaya melepaskan 35,100 kitab Injil itu yang menjadi polimek sejak kebelakangan ini.
Beliau yang menyertai perhimpunan aman itu berkata, sepatutnya Perkasa dan umat Islam menentang tindakan kumpulan yang mewakili masyarakat Kristian yang dilihat mencabar kedudukan dan kedaulatan agama Islam.
Tambah Arman Azha lagi, ketua Wira Perkasa yang baru Iwan Fahmi Ideris sepatutnya memainkan peranan untuk menggerakan pertubuhan itu membantah keputusan Putrajaya itu.
Arman Azha Abu Hanifah
“Saya tidak tahu... sepatutnya ia diketuai ketua Wira Perkasa yang baru dan kami menunggu di mana suara ketua Wira Perkasa.
“Mereka (Wira Perkasa) perlu mengetahui isu ini tapi sehingga sekarang masih tiada lagi.
“Tapi sebagai orang Islam, kita semua perlu bertegas dan menentang usaha-usaha yang dilakukan untuk mencabar kedudukan agama kita,” kata kepada The Malaysia Insider selepas perhimpunan aman itu selesai.
Irwan Fahmi dilantik sebagai ketua Wira Perkasa menggantikan Arman Azha yang melepaskan jawatannya minggu lalu.
Jelas Arman Azha, sepatutnya orang bukan Islam termasuk yang beragama Kristian perlu menghormati agama Islam dan jangan melakukan perkara yang boleh mencabar agara rasmi negara itu.
“Sepatutnya mereka menghormati agama Islam, kita mahu mempertahankan kedudukan Islam.
“Isu ini tidak akan wujud jika semua pihak menghormati agama Islam... kerajaan perlu tegas jangan biarkan ia berterusan,” katanya.
Ditanya mengenai kehadirannya dalam perhimpunan itu, Arman Azha berkata beliau menyertainya atas dasar prinsip dan demi kedaulatan agama Islam.
“Saya hadir atas dasar prinsip iaitu untuk mempertahankan Islam, kedudukan orang Melayu dan Bahasa Malaysia.
“Saya datang atas dasar peribadi,” jawabnya ringkas.
Hari ini Pembela mengadakan perhimpunan aman membantah pengedaran kitab Injil di Masjid Negara.
Komen aku, kalau Arman tanya di mana PERKASA, aku nak tanya dimana Pemuda UMNO, dimana JMM, menyorot balik mana hangpa semua...!!!!!
No comments:
Post a Comment