Friday, October 21, 2011

RENTETAN CERITA KEMATIAN GADAFFI

Kejadian itu berlaku awal pagi semalam waktu tempatan.
“Saya hendak membacakan kepada anda satu laporan doktor forensik yang telah memeriksa Muammar Gaddafi,” kata Perdana Menteri Mahmoud Jibrail merujuk kepada laporan forensik pada sidang media di sini semalam.

“Ia berkata ‘Muammar dibawa keluar dari paip saluran najis . . . beliau tidak beri tentangan. Apabila kami mula memindahkan beliau, satu peluru terkena bahagian lengan kanan dan apabila kami meletakkan beliau di trak, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan lain’,” kata Mahmoud.

“‘Apabila kereta bergerak, tercetus pertempuran antara anggota revolusi dan pasukan Muammar, yang mana satu peluru terkena pada kepalanya’,” kata Mahmoud.

Mahmoud menambah, doktor forensik tidak dapat memberitahu sama ada peluru itu berpunca daripada pasukan anggota revolusi ataupun tentera Muammar sendiri.

Muammar masih hidup ketika dibawa keluar dari Sirte tetapi mati beberapa minit ketika mendekati hospital, kata perdana menteri.

Majlis Peralihan Nasional Libya sedang berhubung dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang mahu membicarakan Muamamr berhubung jenayah kemanusiaan, kata Mahmoud.

Mahkamah itu mahu satu pasukan pakar forensik memeriksa mayat Muammar sebelum dikebumikan, katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas melihat laporan majlis itu, mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan susulan tidak diperlukan.

Salah seorang anak Muammar, Mo’tassim, juga terbunuh semalam. — Reuters

Muammar Gaddafi mati terkena peluru selepas ditangkap

Muammar Gaddafi yang cedera dibawa keluar dari trak pejuang NTC selepas ditangkap di Sirte. — Foto Reuters (Di Atas)

TRIPOLI, 21 Okt — Perdana Menteri Mahmoud Jibril, dengan merujuk kepada laporan forensik berkata Muammar Gaddafi terbunuh ekoran terkena peluru di bahagian kepala dalam kejadian berbalas tembakan antara pejuang kerajaan dan penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya itu selepas beliau ditangkap Sirte semalam.

Laporan-laporan yang bercanggah mula muncul bagaimana Muammar, yang memerintah Libya selama 42 tahun, mati sebaik ditangkap selepas satu serangan udara Nato terkena konvoinya ketika cuba melepaskan diri daripada kawasan persembunyian yang menjadi sasaran serangan.

Sirte merupakan kawasan perkampungan asal Muammar.


Kejadian itu berlaku awal pagi semalam waktu tempatan.

“Saya hendak membacakan kepada anda satu laporan doktor forensik yang telah memeriksa Muammar,” kata Mahmoud pada sidang media di sini semalam.

“Ia berkata ‘Muammar dibawa keluar dari paip saluran najis . . . beliau tidak beri tentangan. Apabila kami mula memindahkan beliau, satu peluru terkena bahagian lengan kanan dan apabila kami meletakkan beliau di trak, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan lain’,” kata Mahmoud.

“‘Apabila kereta bergerak, tercetus pertempuran antara anggota revolusi dan pasukan Muammar, yang mana satu peluru terkena pada kepalanya’,” kata Mahmoud.

Mahmoud menambah, doktor forensik tidak dapat memberitahu sama ada peluru itu berpunca daripada pasukan anggota revolusi ataupun tentera Muammar sendiri.

Muammar masih hidup ketika dibawa keluar dari Sirte tetapi mati beberapa minit ketika mendekati hospital, kata perdana menteri.

Majlis Peralihan Nasional Libya sedang berhubung dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang mahu membicarakan Muamamr berhubung jenayah kemanusiaan, kata Mahmoud.

Mahkamah itu mahu satu pasukan pakar forensik memeriksa mayat Muammar sebelum dikebumikan, katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas melihat laporan majlis itu, mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan susulan tidak diperlukan.

Salah seorang anak Muammar, Mo’tassim, juga terbunuh semalam. — Reuters

Gaddafi dibunuh tentera Nato dan NTC


Presiden Libya Kolonel Muammar Gaddafi akhirnya terbunuh dalam pertempuran antara pengikutnya yang bertempur dengan tentera pakatan Nato dan pejuang NTC (Majlis Peralihah Nasional) diperkampungannya di Sirte, Libya.

Kematian Gaddafi disambut meriah rakyat Libya termasuk negara pembunuh umat Islam iaitu Amerika Syarikat dan Britain.Gaddafi merupakan penyokong kuat kerajaan Saddam Hussein yang diserang Amerika Syarikat dan Tentera Bersekutu yang turut membunuh Saddam Hussein.Gaddafi juga walaupun seorang diktator yang berkuasa selama 42 tahun sejak 1969 merupakan pemimpin Libya yang menyokong pejuang Palestine melawan Israel.Gaddafi didakwa dunia barat terlibat dalam pembunuhan dan pengeboman pesawat Pan Am Flight 103 Lockerbie, Scotland yang membunuh 270 orang mangsa pada tahun 1988.

Kerajaan baru Libya akan dibentuk gantikan Muammar Gaddafi yang dibunuh .Adakah kerajaan baru Libya merupakan kerajaan boneka kepada Amerika Syarikat ?Negara -negara  Nato yang membantu tentera pejuang NTC selama 6 bulan di Libya sudah tentu menagih projek minyak di Libya.Libya merupakan negara Arab Afrika terbesar mempunyai simpanan minyak.Baca di sini dan di sini.

Tidak ada yang kekal berkuasa selamanya.samaada seorang diktator atau pun tidak .Jika terlalu lama berkuasa dan penuh kezaliman terhadap rakyat sendiri , dendam rakyat sentiasa membara di dalam jiwa.Ia akan diluahkan apabila tiba masanya. Misai Merah 





No comments: