Monday, April 18, 2011

GAMBAR SEBENAR PAK KASTAM TERJUN BANGUNAN TELAH DI PEROLEHI


Oii..cukup cukup cukup..aku dah tak tahan nak gelak ni..Oii jangan la buat lawak aku ni jenis suka gelak kah kah kah.

Apa punya banggang mati akibat kemalangan... ada lori atas bangunan tu ka? Ada mat rempit langgaq dia ka? kah kah kah..

Oii lubang tingkap punya kecik macam mana dia nak jatuh.. kot dia nak sambut rokok Surya dia terjatuh kot? Kot dia pi ludah sireh kot? kah kah kah.. atau Hantu Kak Limah yang tolak kot ? kah kah kah.

Adoiiii!!! patut padan la nak buat lawak pun... kalau dah rasa pandai sangat masuk la Maharaja Lawak lawan dengan Jozan, Sepah atau Jambu kah kah kah..

Sarbani mati akibat kemalangan - Kosmok Umno.

KUALA LUMPUR – Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.

“Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu. AN

No comments: