Filem yang berkisar mengenai ajaran sesat Abu Ya itu membariskan para pelakon antaranya Faizal Hussein, Jue Aziz, Iqbal Mazlan, Khir Mohd. Nor, Adrea Abdullah, Yus (Raja Lawak) dan Suhaillah Salam.
Ia menceritakan bagaimana Abu Zakaria yang memakai gelaran Abu Ya (lakonan Faizal Hussein) mencari pengaruh dengan menyesatkan penduduk kampung melalui ajarannya selain menggalakkan hubungan seks tanpa kawalan kepada setiap pengikut ajaran itu.
Amran berkata orang ramai mungkin menganggap filem tersebut sebagai tidak bermoral tetapi ia sebenarnya mempunyai mesej untuk mengelakkan ketaksuban melampau seseorang terhadap pemimpin mereka.
Tambahnya, filem itu juga memperlihatkan bagaimana seorang wanita itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menuntut haknya daripada suami terutamanya mengenai nafkah batin.
Mengenai desas-desus kononnya filem tersebut diharamkan penyiarannya berikutan adegan melampau yang ditampilkan, ujar Imran pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada 13 April lalu.
Filem terbitan Million Euphoria Sdn Bhd tersebut dijangka ditayangkan pada November tahun ini berikutan kegagalan pihaknya menerima kelulusan Syarat Wajib Tayang akibat senarai filem yang terlalu banyak menunggu giliran.. AN
No comments:
Post a Comment