WarkahDaily – Memang betul dakwaan Najib bahawa gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang disaran Utusan Malaysia merupakan pendapat peribadi sahaja tapi akhbar berkenaan adalah hak milik Umno dan ianya adalah lidah rasmi Umno.
Pada mulanya, cabaran itu dilontar terhadap Umno untuk mengetuainya namun mungkin tidak mahu dianggap rasis dan perkauman. Namun Perkasa yang memang ditubuh atas dasar perkauman telah dengan senang hati menyahut cabaran itu.
Namun hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menolak kerajaan ’berkenan’ dengan gagasan itu sambil mendakwa ianya adalah pandangan peribadi akhbar rasis Malaysia itu.
"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan (penulis Utusan Malaysia) tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita," kata Najib kepada pemberita hari ini selepas program Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di Serdang.
Najib seolah-olah mahu menafikan yang gagasan itu adalah berpunca daripada Umno dan konon beliau tidak ‘bersubahat’ dalam hal itu kerana tidak mahu dikatakan rasis dan perkauman.
Tapi kita perlu sedar, akhbar yang melontarkan cadangan itu adalah hak milik Umno dan merupakan lidah rasmi Umno. Masakan boleh akhbar rasmi Umno mengeluarkan sesuatu berita atau pandangan secara membuta tuli jika ianya tidak direstui pemiliknya sendiri.
Secara terang-terangan, selepas keputusan pilihanraya di Sarawak tempoh hari, penduduk bandar yang diketahui dihuni ramai penduduk Cina telah menolak calon Barisan Nasional (BN), barua-barua Umno termasuk media-media pro Umno seolah-olah cuba mahu memberi amaran kepada Cina konon bangsa itu tidak mengenang budi. Dengan kata lain, mereka mendakwa ‘susu dibalas tuba’ oleh pengundi Cina terhadap BN.
Betapa singkat dan sempitnya barua-barua dan pemimpin Umno. Apakah mereka tidak menerima hakikat negara ini mengamalkan sistem demokrasi dan rakyat bebas memilih siapa yang mereka mahu dan tidak termaktub dalam mana-mana perjanjian, semua rakyat Malaysia perlu member undi kepada BN sahaja. Kalau ada begitu, baik tak payah diadakan pilihanraya, wang rakyat pun jimat. Senang-senang, isytihar terus BN adalah kerajaan sampai mati (selama-lamanya) di Malaysia. Bodoh dan ngoknya depa ni!
Jelas juga sekarang ini, Umno lebih teruk, buruk dan busuk hati daripada dakwaan konon DAP adalah parti perkauman dan rasis. Umno adalah parti yang tidak boleh menerima kenyataan dan parti perkauman yang tersangat rasis.
Dengan cabaran rasis yang dilakukan akhbar rasmi Umno itu, jelas sekali konsep 1Malaysia yang digarapkan Najib dan isteri tidak berjaya diterapkan. Ianya gagal sama sekali dan pelaburan wang rakyat untuk kempen gagasan berkenaan sekadar pelaburan yang merugikan dan hangus begitu sahaja. Ianya adalah retorik semata-mata untuk mengelabui mata rakyat dan menarik kembali pengundi yang menolak BN pada PRU-12 tempoh hari.
No comments:
Post a Comment