Saudara Pengarang,
PEPERANGAN saiwar antara Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim dengan pengendali portal Sabahkini.net, Mutalib M.D menunjukkan menteri berkenaan seolah-olah ‘Buta IT’ atau ‘Buta Hati’.
Isu tuduhan jenayah rogol amah yang kononnya didakwa dilakukan oleh Rais terhadap amah beliau, Robengah, didedahkan oleh Migrant Care, Tenaganita, Wikileaks dan Rocky Bru.
Tetapi agak menghairankan kenapa Rais hanya berani menyaman Sharpshooter dan Sabahkini.net dan bukannya punca kebocoran rahsia berkenaan; apatah lagi menyalahgunakan proses mahkamah untuk mengheret para blogger agar membersihkan nama beliau yang tidakpun kotor sehingga polis menyelesaikan siasatan?
Bukankah sebagai Menteri IT, Rais patut sedar bahawa Tun Mahathir mengilhamkan Putrajaya dan Cyberjaya untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati maklumat di hujung jari melalui ‘Dasar Langit Terbuka’, namun menteri bodoh seperti Rais yang licik seperti belut tidak mengetahui tugasnya dalam memperkasa dunia multimedia di Malaysia.
Kini Tun Mahathir menikmati ciptaannya dengan mengkritik kerajaan secara terbuka melalui blognya dan sudah pastinya akan melihat Rais sebagai ‘Anti-Blogger’ kerana Mahathir adalah Blogger No.1 di Malaysia; apalah jika dibandingkan dengan pendedahan skandal seks Rais yang belum tentu benar.
Begitu banyak laman porno dan gay di Malaysia yang begitu bebas dan kerajaan tidak langsung berusaha menyekat kerana Dasar Langit Terbuka di zaman Tun Mahathir, sehingga ramai pegawai kerajaan kini lebih banyak membuang masa dengan melayari laman porno dan facebook daripada melayani rakyat.
Apakah Rais mahu mencabar para blogger mendedahkan skandal seks beliau kepada umum baru mahu mengaku? Bukankah Chegu Bard telah membuat laporan polis dan sehingga kini polis belum menjalankan siasatan terhadap dakwaan bahawa beliau terlibat dalam jenayah rogol berkenaan? Bila polis memanggil mangsa yang cuba menyembunyikan jenayah berkenaan dan Kedutaan Indonesia yang selama ini tidak pernah mempeduli lebih 500,000 rakyatnya dijadikan pelacur atau menjadi mangsa pemerdagangan orang, salah satunya Robengah?
Jadi umum ingin mengetahui kenapa Rais menggelabah dan menunggu masa dua minggu sebelum membuat kenyataan penafian dan diikuti dengan memfailkan saman ke Mahkamah Tinggi untuk meminta sedekah daripada para ‘Blogger’ yang lapan kali matipun belum tentu mampu membayar kos video yang dibuat oleh rakan Robengah untuk menafikan kenyataan media.
Dalam hal ini, Rais patut mengkaji kes Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Sivakumar yang gagal mendapatkan peguam kerana sebagai pegawai awam, beliau hanya boleh diwakili Peguam Negara atau Peguam Negeri; begitu juga dengan Rais.
Oleh itu, apakah Peguam Negara bersetuju atau memberi Rais melantik peguam sendiri untuk mendakwa beberapa ekor ‘ikan bilis’ di Mahkamah tetapi melepaskan jerung media yang tidak mampu ditangkap?
Salam Hormat,
No comments:
Post a Comment