Saturday, April 23, 2011

KENAPA SPRM GEMAR TANGKAP IKAN BILIS?


Saudara Pengarang,
KEDENGARAN satu serbuan dilakukan oleh SPRM terhadap sebuah syarikat agen perkapalan di Labuan yang dimiliki oleh Teo Ah Kok minggu lepas dan berapa dokumen di pejabat telah dirampas untuk membantu siasatan.

Sewajarnya SPRM wajib menyiasat dua syarikat ‘transhipment’ barang bercukai ke Sarawak selain syarikat Teo Ah Kok.

Mengikut siasatan kami, sebuah syarikat bernama Sillion Shipping yang mengimport dan mengeksport kayu balak semasa Hj.Salleh menjadi Pengarah Kastam Labuan.


Agen Perkapalan tersebut telah merugikan berjuta ringgit wang kerajaan dengan membenarkan urusniaga eksport kayu balak ke keluar negara dengan membuat pengisytiharan palsu isipadu balak yang disimpan di Asian Supply Base Yard. Syarikat tersebut juga ‘declare transhipment’ rokok bukan untuk keluar negara, tetapi ke Sarawak untuk kroni Ketua Pengarah Kastam, Datuk Khalid.

SPRM wajib menyiasat Sillion Shipping dan Sea Land Shipping kerana kedua syarikat shipping ini ialah ikan Jerung, bukan ikan bilis seperti Syarikat Teo Ah Kok.

Kami harap SPRM akan bertindak segera sebelum mereka memusnahkan semua dokumen ‘transhipment’ kayu balak, rokok haram, minuman keras dan barang bercukai ke Sarawak.

Salam Hormat.
PEGAWAI KASTAM PENCEN.

No comments: