Thursday, April 7, 2011

Papagomo di soal siasat polis


Papa Gomo

Blogger yang terkenal dengan blog papagomo.com disiasat polis selama hampir tiga jam di Kuching petang Rabu berhubung klip video seks 1.47 minit yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Papagomo, polis mula mengambil kenyataan dari jam 6.00petang hingga 9.00 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Beliau menjelaskan,soal-siasat itu berkisar bagaimana beliau memperolehi sebahagian daripada video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Papagomo yang ditemui Agendadaily di luar IPD Kuching memberitahu antara soalan yang ditanya adalah satu artikel yang disiarkan diblog beliau membabitkan gambar dua orang gadis Cina bersama bloggers Topeng Perak dalam blognya. 

Papagomo yang menetap di Kuala Lumpur berada di Kuching untuk meliputi kempen pilihanraya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

“Saya hanya keluarkan gambar itu untuk mempersoalkan apakah wanita Cina itu yang dilanggani oleh Anwar Ibrahim.”kata beliau.

Dalam soalsiasat itu sebuah komputer riba milik beliau telah dirampas bagi membantu siasatan. 

Petang Isnin lalu laman blognya antara paling awal menyiarkan klip video 1.47 minit itu.-6/4/2011 

Kenali PAPA GOMO

Oleh: LUKMAN ABDULLAH - laksamanabukitbintang.blogspot.com

No comments: