Tuesday, April 5, 2011

Isu kehilangan video seks di youtube : Menjawab tuduhan blogger umno.

Nampaknya bloggers umno tidak berhenti memainkan sentimen fitnah dan sentimen menyakitkan ahti rakyat malaysia berhubung isu penyebaran video seks yang membabitkan anwar ibrahim [dipercayai]. Mereka telah menuduh bahawa anwar ibrahim dan penyokong pakatan rakyat telah mendelete video tersebut dari youtube.

Mungkin mereka lupa, bahawa rakyat malaysia bukan semuanya bodoh. Maka aku suka nak ingatkan di sini, kalau korang bercita-cita nak tonton video tersebut, maka korang boleh pergi ke sini. Sebab aku dah upload sendiri dalam blog ini. Bukan menerusi link youtube.

Kalau kami nak delete video tersebut di youtube, maka apa sebab kami upload di dalam blog kami?  Bukan kah ini wujud percanggahan? Yang delete video itu sebenarnya adalah kamu, bloggers umno. Yang upload video itu sebenarnya juga adalah kamu, orang umno. Video itu bukan berada di tangan kami. Ia di tangan kamu. Akaun yang upload video itu bukan account pembangkang. Tapi akaun pro umno. Jadi kalau acc itu hilang [dia terminatedkan] apa kena mengena dengan pembangkang pula? Jelas di sini ialah kamu semua cuba menyembunyikan jejak dan mengelirukan rakyat dengan permainan kamu.

Biar aku tulis sedikit kronologi isu neh, agar kita sama kita faham.

1. Video tersebut muncul waktu tengahari di BLOG PRO UMNO terlebih dahulu.

2. Pada waktu petang, ada INDIVIDU UPLOAD video tersebut menerusi YOUTUBE.

3. Individu itu BERADA DI THAILAND ketika upload video tersebut.

4. TV3 buat-buat TIDAK TAHU CERITA sehinggalah ke PERTENGAHAN siaran berita mereka. KONON nya nak buat-buat macam BARU TAHU padahal MEREKA dah lama TAHU.

5. TV3 PROMOTE semua BLOG PRO-UMNO yang ada VIDEO terbabit agar rakyat yang mencari video tersebut boleh tonton di sana. KENAPA TIDAK TV3 PROMOTE LINK YOUTUBE itu? Jawapan nya MUDAH. Link itu akan HILANG. [aku dah agak ketika tgk berita tv3 malam tadi]

6. Mereka yang upload, mereka yang delete. Tapi yang dapat nama buruk ialah pembangkang? Banyak cantek mereka punya tuduhan.

7. Suka di ingatkan bahawa anwar ibrahim bukanlah "pakatan rakyat". Kalaupun dia bersalah, kami tetap berada di posisi untuk hancurkan barisan nasional. Kami bukan benci barisan nasional kerana anwar benci bn, kami benci barisan nasional kerana barisan nasional adalah barisan yang kejam. Ada atau tiada anwar, kami tetap mara ke depan.

8. Dan anwar ibrahim telah dilantik oleh kami untuk mengetuai misi kami. Kami percaya dia tidak akan sebodoh itu untuk merosakkan harapan dan cita-cita kami. Dan jika kami mempunyai bukti teknikal bahawa video itu palsu dan individu di dalam itu bukan anwar ibrahim, kami akan beri HINT kepada KERAJAAN CUKUP-CUKUP kerana mempermainkan perasaan dan sentimen kami. Jangan cakap kami tak bagi TIKET

Jangan desak rakyat ke jalan macam neh. Jangan buat fitnah yang maha dasat. Jangan main2. Cara ini sudah cukup jijik dan kami tidak akan berdiam diri. Kesabaran kami sudah habis.

Pendirian aku menerusi isu video seks itu disini. Aku tidak mahu mengulas dari aspek teknikal sebab itu bukan kemahiran aku dan aku tidak mahu memandai-mandai atas isu yang aku tak pandai. Tapi satu perkara yang aku pasti, jika terbukti ia palsu, kerajaan dan umno akan terima akibatnya.

NOTA : Blogger umno di atas itu tahu DENGAN TEPAT WAKTU kehilangan video terbabit. Hairan. Adakah kerja dia check video itu setiap masa di youtube? Heh.
 
Ameno : Anwar ibrahim kena buat PC dengan segera. 

No comments: