Thursday, April 7, 2011

Mintak Nyawa!!!!

PEGUAM SPRM DAKWA SAKSI BERBOHONG DISEKSA MENTAL - berita hairan

Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, berbohong beliau diseksa secara mental dan psikologi oleh pegawai SPRM.

Isu itu timbul apabila Tan didakwa tidak memasukkan kenyataan itu dalam afidavit berhubung saman yang difailkan ke atas SPRM, Selangor pada 22 Julai 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Afidavit itu hanya mempersoalkan temu bual yang dibuat ke atas Tan dalam tempoh masa 17 jam yang melebihi waktu pejabat dan tidak memasukkan kenyataan Tan diseksa oleh pegawai SPRM, seolah-olah perkara itu tidak pernah berlaku," katanya pada prosiding Siasatan Kematian Teoh Beng Hock di sini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH

woit… PEGUAM BANGANG…. kah kah kah…

kah kah kah…SAPA NAK PERCAYA CAKAP BANGANG NI…. kah kah kah…

kah kah kah… BELUM PUN ABIS BERCAKAP… SATU LAGI TERCAMPAK MATI…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU INI BUKAN BUKTI… APA NAMA MAYAT INI…. kah kah kah…

PENJELASAN SPRM BERHUBUNG KEMATIAN PEGAWAI KASTAM – harakah daily

Berikut adalah penjelasan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dihantar kepada Harakahdaily berhubung kematian seorang pegawai kastam pagi tadi.

Pada hari ini, 6 April 2011 di antara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.

Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Selangor.

SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.

Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.

Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.

Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.

Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.

Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.

SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan.

nota:
dari penjelasan ini amat jelas lagi terang
pegawai sprm telah meninggalkan pegawai kastam
dalam bilik pejabatnya untuk beberapa minit sahaja
apabila pegawai sprm ini masuk kembali ke dalam bilik
pejabat ini – pegawai kastam telah hilang

tetiba mayat ditemui sudah sejuk

saheh !
bangunan sprm ini ada hantu
kah kah kah

kah kah kah
kalau bukan hantu
macam mana boleh mati
kah kah kah

nota:
sila hantar bomoh ke semua bangunan sprm

No comments: