Sunday, April 3, 2011

Kenaikkan harga RON 97, apa yang tak kena? Janganlah jadi lembu dicucuk hidungnya.

1.Ketepikan mana mana fahaman politik
2.Anggap perbandingan ini sebagai seorang pengguna
3.Jangan menggatal nak membebel pasal subsudi sebab RON97 tak ada subsidi



Sumber : Wikipedia

Firstly,aku dapat table ni dari wikipedia.Dari sumber lain ada jugak tapi tak ada table macam ni.Untuk memudahkan korang untuk faham so aku letak gambar ni.Perhatikan pada5 JUN 2008 , harga RON97 adalah RM 2.70.Pada waktu tu subsidi secara terus digantikan dengan rebate sebanyak RM625 untuk kenderaan 2000cc ke bawah.


Garis-garis merah tu adalah harga crude oil pada hari RON 97 dinaikkan kepada RM 2.70,5 Jun 2008
Dan garis putih tu adalah harga crude oil SEKARANG ni.

Apa yang kurang kena bagi aku sekarang ni adalah :
Dulu 121USD per barrel = RM 2.70 satu liter tapi rakyat dapat subsidi minyak RM625
Sekarang 107USD per barrel = RM2.70 satu liter tapi subsidi tak ada langsung.

INI ADALAH PERSOALAN UTAMA AKU.

dan aku harap jangan belit belit kepada cerita anwar gay atau kak mah gemuk


Jadi aku nak tepek sikit screenshot orang yang komen tak pakai otak ataupun duduk dalam gua tapi ada wifi.Ni aku ambil dari blog milosuam.Macam aku cakap kat atas,RON 97 mana ada subsidi.So likely aku tak tahulah siapa yang sekolah setakat darjah berapa.Haha

Untuk screenshot yang ni pulak aku tak tahu siapa yang bingai atau jadi KATAK DIBAWAH TEMPURUNG dia tu.Aku rasa orang yang lagi bingai adalah orang yang jadi tukang angguk.Bos cakap jilat bontot pun jilatlah bontot.

Apa yang aku buat ni aku hanya persoalan kenaikan minyak.Sebab apa aku persoalkan?

Sebab aku rasa ada something yang TAK KENA.Bagaimana cara kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga minyak.Macam mana perkiraannya.Adakah nilai tukaran USD juga diambil kira dan sebagainya.

Kita kena ingat,wakil rakyat,menteri itu sepatutnya bekerja untuk rakyat.Bukan untuk mengumpul kekayaan peribadi dengan memanipulasi jawatan untuk mengambil keuntungan.


Untuk yang bawah ni pulak,aku respek sikit sebab at least dia cuba bagi fakta,tak macam 2 orang kurang pandai kat atas tu kan.Tapi aku percaya dia ni tengok kat TV3 sahaja lepas tu tak cari lagi maklumat lain.

Crude oil terbahagi kepada 2.Dan yang apa kita dengar dekat TV tu adalah harga 2 jenis minyak ni.Dan aku tak pernah dengar minyak american blend ke arabic blend ke malaysianblend ke indonesia blend ke.

Secara AMnya :

BRENT CRUDE OIL = Minyak mahal
LIGHT SWEET CRUDE OIL = Minyak murah

Berdasarkan data kat atas sekali tu,minyak dinilaikan kepada LIGHT SWEET crude oil.Boleh refer post sebelum ini kalau korang nak tengok graph tu.Aku dah mark siap siap dah tarikh dan harga dekat situ.

Masalahnya sekarang,bila aku dengar dekat TV3 tu,diorang keluarkan harga BRENT CRUDE OIL pulak dah untuk menyatakan yang harga minyak naik mendadak.Dan dengan kenaikkan harga BRENT CRUDE OIL ni lah yang kononnya menyebabkan harga RON97 naik dan bla bla bla.

Sebab tu lah mamat kat bawah ni cakap harga crude oil sekarang adalah 116USD.Yang bawah ni pulak antara latest quote harga crude oil.Korang nampak ada 2 jenis tu.Lagi sekali kalau korang nak clear view graph oil yang aku persoalkan dan bandingkan,sila refer post sebelum ini.

So aku harap korang dapat bandingkan beza 2 jenis minyak ni.Yang aku amat amat pelik adalah KENAPA TV3 keluarkan quote untuk BRENT CRUDE OIL.Adakah sebab nak kaburkan mata kita?

Hehe,korang dah besar so fikir lah masak masak.Aku dah buat perbandingan so korang jawablah dengan berhemah.


So inilah dia komen MR Tanpa Nama yang kata orang yang persoalkan harga minyak mahal itu bangang.


Untuk screenshot yang bawah ni pulak,aku agak suka membaca penjelasan ni.Walaupun agak tak lengkap tapi at least dia ada bagi kita sedikit penjelasan.Macam yang kita dengar lah kan.

Orang kata minyak kita mahal,so kita tak pakai dan jual to negara lain.Kita pulak pakai minyak murah.

So contoh kiraan mudah lah aku,katakanlah kita ada minyak.Lepas tu kita minyak tu harga dia RM 10.Lepas tu kita beli balik minyak lain dengan harga RM 8.50.Adakah kita rugi atau untung?

Kalau korang cakap kita rugi memang sahih lah korang buta hati.HAHA.



So kat sini dia kata kadar inflasi turut mempengaruhi dan aku sangat setuju dengan benda tersebut.and macam tu jugak dengan GDP dan sebagainya.Jadi aku letak lah lagi screenshot kadar inflasi,unemployment job dengan GDP Malaysia

Yang ni adalah Gross Domestic Product


Yang ni pulak kadar inflasi,terang-terangan bertambah baik compare to 2008.


Unemployment rate yang bagi aku tak teruk.Dan lebih baik dari tahun 2009.

So berdasarkan data ketiga tiga benda di atas,secara terang terangan semua data tu semakin bagus dan TAK TERUK.So kalau ketiga tiga data itu dikaitkan dengan penyebab kenaikan harga minyak juga,maka tak tepat BAGI aku.Aku tak tahulah macam mana fikiran korang kan.

Akhir sekali,aku nak sentuh mengenai tukaran wang USD/MYR disebabkan minyak didagangkan dengan USD.Seperti yang TV3 dok bangga bangga kan MYR semakin kuat berbanding USD.Dan perkara tersebut memang benar.

First screenshot kat bawah ni adalah tukaran pada tahun 2008


Screenshot bawah ni pulak adalah kadar tukaran untuk 2011


Jadi aku pun buat kiraan secara matematik mudah.KATAKANLAH dulu kita beli minyak harga dia RM320 satu tong,sekarang dah RM302 satu tong.Adakah harga itu makin mahal atau makin murah? Semestinya makin murah kan?

Jadi di sini aku gembira kalau ada sahabat handai yang ingin menerangkan perkara perkara di atas secara lebih terperinci.Tak ada kena mengena dengan kerajaan atau pembangkang,kita bincangkan secara berhemah dan berfakta dan anggap perkara ini sebagai pengguna.

Kalau anda penyokong pembangkang,bila mengkritik mestilah ada isi atau fakta.Kalau anda penyokong kerajaan,tidak semestinya apa yang dibuat kerajaan mesti disokong 100%.Janganlah jadi lembu dicucuk hidungnya.

Bagi aku,sebagai pengguna ron97 yang tegar,kalau kerajaan betul betul telus,aku nak harga ron97 ini sentiasa disemak harganya setiap 30minit atau 1 jam sekali(contohnya).

Sebab harga minyak bergerak 24jam sehari dan 5hari seminggu.Sebab apa?

Sebab dekat situ baru kita dapat ketelusan KERAJAAN dalam menetapkan harga minyak.

So kawan kawan.Please be smart.Isu video lucah ke gay ke tak menyusahkan hidup kita,dari korang bazir masa dengar benda tu baik korang buat benda lain yang lagi bagus.

Dan tolonglah jangan memalukan diri dengan mindset

'ORANG KAYA PAKAI RON97'
'Kita kena bersyukur harga minyak kita lagi murah bla bla bla'

We are talking about TRANPARENCY right now.

So fikir fikirkanlah sahabat.
Sumber: [Bagakgrafi]

No comments: