Sunday, April 3, 2011

Gempaq!!.....Man Raja Lawak DiBatalkan KeJUARAANnya,...??


Program Raja Lawak Musim ke-5 yang dimenangi oleh Man,mungkin di batalkan kejuaraannya..?? ini kerana Astro sepatutnya menampilkan peserta yang hebat dan memang lawak iaitu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebagai pesertanya,ini kerana siasatan "Lawak"nya telah menggelikan hati dan "Telo" rakyat di negara ini.

Beliau yang baru melawak dengan mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah‘tulen’ you..Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.

Sedangkan lu tahu ke??mengapa DSAI membuat laporan tentang konspirasi Video jijik tersebut ke balai polis?? Sebab beliau mahukan satu siasatan yang terperinci membabitkan siapa individu yang yang menjadi "Hero" dalam filem tersebut dan menahan mereka yang mengeluarkan video jijik itu,tulen ke tak tulen itu cerita lain..kalau dah eskay kata hanya itulah satu-satunya video yang ada,dah mestilah ori braderr..belum kena copy lagi..

Macamlah cite rumah pak mamat kena rompak,apabila report polis...polis datang hanya untuk memastikan bahawa rumah Pak Mamat memang "Tulen" kena rompak (Maksudnya memang betul kena rompak,dan bukan rompak main-main..kuah3 ) malangnya pihak polis tak cari dan siasat pun siapa yang merompak...cuma dia datang nak pastikan rumah Pak Mamat berlaku suatu rompakan yang "Tulen" (Betul-betul)..

Jadi..benda ini sudah menjadi lawak yang menggelikan hati dan Telo rakyat negara ini...dan AStro telah didapati sudah tersilap pilik "Raja" Lawak musim ke-5 ini,Bukan Man yang menjadi juara,tetapi KPN yang sepatutnya menjadi juara...kuah3...Lu Sendiri Mau Pikir Braderrr....

No comments: