Angkara Sumpah Laknat Masjid Kecoh!!
KUALA LUMPUR: Suasana kecoh menyelebungi majlis angkat sumpah laknat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.


Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat ditengah-tengah kekecohan berkenaan. Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar. Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat.-mStar


No comments:
Post a Comment