Monday, April 25, 2011

Datuk?? AC Mizal + Gelang Penipu = Parti Penipu kah kah kah


Saudagar Gelang RM1000 Sertai UMCO


Blog ini ada beberapa kali menyiarkan cerita fasal artis ini tidak lama dahulu. Semuanya gara-gara perniagaan gelang magnetik artis ini. Yang menjadi hangat, apabila sesetengah pihak mendakwa gelang-gelang tersebut berasal dari China, yang boleh diperoleh dengan harga borong sekitar RM12-RM25 seutas.
Biarpun disertakan bukti dan penerangan, artis tersebut tetap mempertahankan tindakannya menjual gelang magnetik di bawah jenama syarikatnya dengan harga sekitar RM1000 kepada pelangannya (syukurlah, tiada seorang pun ahli keluarga saya membeli gelang ini). Ketika mewajarkan harga gelang syarikatnya, si artis ini mendedahkan bahawa komisen produk sahaja sekitar RM500. Wow! Apabila dinyatakan nilai itu, maka terjawablah isu harga gelang ini.

Baru-baru ini, saya terbaca fasal beberapa orang artis yang pernah bertindak sebagai jurucakap produk artis ini dikhabarkan telah meninggalkan syarikat saudagar gelang ini. Yang peliknya, mereka tidak mahu dikaitkan lagi dengan saudagar gelang ini. Nada mereka di FB seolah-olah menyatakan "keinsafan". Insaf sebab apa? Yang ini kena baca di blog AididLeaks!!! 

Semalam heboh fasal artis ini menyertai UMCO. Menurut artis ini, perjuangan parti itu selari dengan perjuangannya. Perggghhh!!! Apakah persamaan perjuangan saudagar gelang ini dengan UMCO? Sila cari jawapannya! Bagi yang masih "blur", cerita yang terkandung dalam perenggan di atas itu sudah cukup untuk  menjelaskan sedikit persamaan antara kedua-duanya. Kah kah kah!

Bagi yang tidak tahu, artis ini pernah meminta bantuan jurublog kaki fitnah No 1 UMCO untuk mematahkan serangan beberapa blog yang membuat pendedahan berkaitan dengan perniagaan gelangnya tidak berapa lama dahulu. Malah, ahli PERKASA turut mengadakan sidang akhbar untuk mempertahankan artis ini dalam isu gelang "Made in China" yang masih hangat sehingga kini. Jadi, apabila si artis ini membuat pengumuman untuk menyertai UMCO, saya langsung tidak hairan.

Yang saya hairan apabila si artis ini mendakwa pernah dipelawa menyertai sebuah parti pembangkang dan dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu. Parti manalah yang mahu menawarkan jawatan untuk mamat ini? Kalau Presiden KIMMA mendakwa parti pembangkang menjanjikan RM55 juta, artis ini membuat dakwaan bahawa ditawarkan jawatan tinggi. Siapa mahu percaya? Silakan!

[BH] IPOH: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya, Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk UMNO di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai ahli parti itu hari ini. 


AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar. 

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata, beliau menyertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi. 

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (UMNO) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya ketika program anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat. 


AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan. 

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan UMNO yang popular dengan slogan "Dulu, Kini dan Selamanya...tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya. 

AC Mizal berkata, beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda UMNO dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.


"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.
P/s: Artis ini sudah bergelar "Datuk"? Setahu saya, M Nasir dan komposer terkenal sahaja antara artis yang baru-baru ini menerima anugerah daripada Sultan Pahang. Nama artis ini tidak disebut pun oleh akhbar tersebut?


AC Mizal sertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya


Penyertaan AC mizal dan isterinya ke dalam UMNO, memang sangat bertepatan atau dalam bahasa Indonesianya sangat cocok. Perjuangan AC Mizal selama ini memang sangat sesuai diteruskan di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Watak dan peribadi artis terkenal itu sangat mirip dengan para pemimpin yang ada di dalam UMNO.
Tahniah kepada AC Mizal kerana memilih UMNO sebagai platform untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan meneruskan perniagaan menjual gelang Tungsten ajaib yang mampu menjadikan pemakainya kuat laksana "Badang". Mampu menjadikan pemakainya untung berjuta-juta kerana kuasa gelang AC.

Gelang beli harga 25 Dollar, tapi jual sampai RM1000, dan jual pula kepada anak-anak Melayu denganumpan kononnya boleh untung berjuta-juta, inilah perjuangan yang akan diteruskan bersama pemimpin UMNO yang lain.

ReJaM© "Teruskan perjuangan menipu anak-anak Melayu..."


AC MIZAL BARU MASUK UMNO SUDAH BELAJAR MEMFITNAH?

APA kita mahu kisah `tokeh gelang' atau Pelakun dan Pengacara AC Mizal mahu sertai Umno kerana dengan wataknya yang masih kekal sekarang tidak mungkin beliau boleh bersama PAS. Apatah lagi dengar khabarnya bisnes gelang beliau sudah lingkup dan riuh rendah suatu ketika bahawa AC menjual gelang tipu.


Samada AC mahu masuk Umno untuk menyambung rezekinya atau sememangnya jiwa beliau jiwa sekular, itu pun kita tidak kisah. Tetapi, apabila AC mendakwa bahawa pernah ditawarkan menyertai parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi maka tembelang AC kita boleh faham. Ertinya, AC setaraf juga dengan Presiden KIMMA yang juga dilaporkan pernah memberitahu ditawarkan jutaan ringgit sekiranya menyertai parti pembangkang.

Malaysiakini menyebut, " Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi. Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan (Malaysiakini).

Pelik juga, banyak sangatkah duit pembangkang untuk membeli mamak penebar roti canai KIMMA dengan artis seperti AC ini? Tidak pula disebut parti mana yang banyak sangat duit mahu membeli mereka berdua. Apa sangatlah pengaruh AC sehingga pembangkang sanggup keluar duit derma orang ramai untuk membelinya. Cuba tanya bekas pelakun dan pencipta lagu Bob Lokman berapa juta dia dapat? Silap-silap Bob Lokman akan kata semenjak beliau menyertai PAS, duit poket beliau yang banyak dikorbankan untuk membantu perjuangan Islam di negara ini.

AC bersama isterinya Amylia menyerahkan borang memasuki Umno di dalam program Jom Masuk Umno di Ipoh kelmarin. Kenyataan kununnya beliau ditawarkan oleh pembangkang dengan jawatan tinggi adalah satu kenyataan membodek secara murahan. Apa jawatan tinggi yang pembangkang mahu tawarkan kepada artis seperti AC ini? Presiden? Ketua AMK atau Ketua Pemuda PAS? Jika mahu cari makan tidak salah, tapi jangan sampai buat cerita karut yang menunjukkan diri sendiri itu teramat bodoh.

Jangan perasan diri itu hebat sangat sampai parti pembangkang sanggup beli. Sudah berapa ramai artis yang telah menyertai Pembangkang tetapi tidak seorang pun yang sanggup merendahkan darjatnya seperti yang telah dilakukan oleh AC. Populariti beliau di dalam seni hiburan sekarang pun sudah merosot, mungkin itulah sebabnya beliau mahu cipta populariti sebodoh itu. 

Nasib Baik Tak
Masuk PAS....


Di dalam keadaan sekarang, dengan tingkah laku beliau sebagai artis kini memang wajar beliau berada di dalam Umno kerana program maksiat dengan Umno mana boleh dipisahkan. Bukankah anjing sahaja yang suka makan bangkai?/wfauzdin.blogspot.com

No comments: