Wednesday, April 27, 2011

Tun Dr.Mahathir, negarawan pada nama tetapi adalah seorang perosak bangsa


Saudara Pengarang,
SELAMA ini saya mengikuti perkembangan politik negeri Sabah yang telah hancur angkara Tun Dr.Mahathir, negarawan pada nama tetapi adalah seorang perosak bangsa kita, Sabahan!

Saya amat berbangga dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan Sabahkini.net dan sebagai rakyat Sabah, saya bangga dengan pendedahan yang disulami kebenaran sekalipun pahit untuk diterima.


Sebagai Anak Jati Sabah, tidak ada satu celup pun sejak lima generasi lalu kerana semua kubur nenek moyang saya ada di Tawau, timbul bibit-bibit kebencian terhadap apa yang berlaku kepada negeri Sabah yang kini menjadi caca merba.

Kebenaran Sabahkini.net sukar disangkal, biarlah orang Melayu di Semenanjung tahu betapa sukarnya rakyat Sabah yang mengalami kecelaruan identiti kerana nama sahaja Melayu tetapi siluman Tator, Visaya dan Hindu.

Wanita asing yang memperolehi IC Projek Mahathir ini berbangga menjadi pelacur, pekerja rumah urut, GRO dan sebagainya di Kuala Lumpur sejak Air Asia memperkenalkan tambang murah dan kelonggaraan sekatan pemeriksaan imigresen sejak tahun 2000 lagi.

Tetapi saya cukup sedih dengan apa yang berlaku di Sabah disebabkan sudah tiada jalan pulang untuk rakyat asli Sabah memilih Kerajaan sendiri; kecuali menghalau pulang UMNO ke Semenanjung; tetapi persoalannya berapa ramai YB kita berani?

Saya juga amat kesal kerana YB Sebatik, Muis Picho memang orang Indonesia dan rakan saya bermain Badminton sejak kecil di Pasir Putih Tawau. Ini sudah menjadi ‘Open Secret’ dan majoriti penduduk asal Tawau tahu siapa Muis Picho.

Bagaimana kalau satu hari nanti Muis menjadi Ketua Menteri Sabah bagi mengulangi sejarah Tun Sakaran Dandai, pendatang haram yang menjadi TYT di Sabah!

Teruskan perjuangan Sabahkini.net mendedahkan kebenaran.

Salam Hormat,

Isu Berkaitan : 

No comments: