Tuesday, April 26, 2011

Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y

Tiada bukti perubatan yang dapat menyelamatkan kes pendakwaan, yang ditakdirkan untuk gagal, Mohd Saiful seharusnya didakwa atas tuduhan memberi keterangan palsu. Pihak pendakwaan bergantung pada keterangan Mohd Saiful dan DNA yang ditemui dilubang buntutnya yang dikatakan sepadan dengan DNA daripada barangan milik Anwar.

Adalah cukup bodoh dan terdesak sekali pihak UMporNo menggunakan media dan mengatakan profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik SAH Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mahkamah masih belum memutuskan apa apa sebaliknya hanya penggulungan hujah dakwaan Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. 

Ianya sama sekali meragukan kerana nampak sekali Anwar dijadikan sasaran utama sejak dulu dan semuanya berunsur politik. Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli.

Dari mula hingga kini, terlalu banyak bukti bukti yang dinyatakan pihak pendakwa tidak menemui jalan penyudah dan bercanggah antara satu dengan lain. terlalu banyak fakta yang tergantung. Jika benar sample yqang diambil dari peralatan yang digunakan Anwar semasa di penjara, adaah satu perkara yang pelik kerana kebiasaannya segala barangan itu akan dibuang ataupun diambil semula oleh tuan punya. tak ke bodoh jika mereka menyimpannya? seolah olah disimpan untuk 'plan' yang akan datang. 

Pertuduhan liwat yang direka cipta oleh UMNO-BN untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat demi survival mereka di persada politik Malaysia. 

Teringat dialog di mahkamah antara Karpal dan Dr Seah pada beberapa bulan lalu:

Karpal: Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? 
Dr Seah: Betul

Karpal: Boleh jadi 10 orang? Betul? 
Dr Seah: Betul

Karpal: Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?
Dr.Seah: Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y

Karpal: Ini lelaki X, lelaki M? Lain lain?
Dr Seah: Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y

fikirkan ayat tu... kelakar tak?

No comments: