Saturday, June 4, 2011

Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz menang

Spekulasi akhir menjadi kenyataan bila Mat Sabu memperolehi undi sebanyak 420 undi.. 


Pengumuman Timb Presiden....Mat Sabu 420, Nasharuddin 224 dan Tn Ibrahim 399... 

Bang Mat Sabu meraih 420 undi bagi mengalahkan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Pemilihan Mohamad yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS dalam pilihan raya umum. 

Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua orang ahli parlimennya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). 

Salahuddin meraih 753undi manakala Mahfuz pula mendapat 616undi. 

Bagi melengkapi pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden. 

Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad. 

Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi. 

No comments: