[Gambar - Cikgu Shalahuddin (Solah) menyampaikan sumbangan kepada guru PASTI sempena sambutan Hari Guru]
Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, pepecahan Umno yang sudah bertahun lamanya itu merugikan rakyat kerana 'persaingan yang tidak sihat' diantara kumpulan yang menyokong Ahmad Said dan Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh.
"Walaupun sudah bertahun-tahun kes perebutan Menteri Besar berlalu tapi luka lama tersebut masih tidak sembuh, yang jadi mangsa ialah rakyat kerana kebajikan rakyat tak dapat dirancang dengan baik,
"banyak projek terbengkalai, akibat persaingan kumpulan bertelagah,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Kawasan Besut, yang diadakan di Dewan Haji Hassan dekat sini, Selasa 17 Mei.
Pembangunan negeri juga, menurutnya, tidak dapat berjalan dengan baik kerana 'perlumbaan' kumpulan berkenaan merebut pelbagai peluang projek bagi kumpulan masing-masing.
Beliau berkata, ekonomi Terengganu tidak dapat ditingkatkan dan akibatnya kadar pengangguran menokok dan impaknya adalah, menjadikan gejala sosial makin parah.
"Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan bukan kerana rakyat tetapi kerana 'peluang' kumpulan masing-masing mendapat 'laba',
"ekonomi lembab, Terengganu jatuh kepada tahap termiskin dengan pengangguran meningkat dan gejala sosial bertambah,"jelasnya.
Antara projek yang terbengkalai, katanya, adalah pembinaan pasar baru Jerteh atau 'Jerteh Souq' dan juga pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa Kedua dari Jabor ke Kuala Terengganu.
Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu supaya menukar kerajaan Umno dan Barsian Nasional sekarang, yang dilihat gagal untuk berkhidmat kepada rakyat.
"kerajaan (Umno-BN) yang ada hendaklah diganti dalam PRU 13 supaya rakyat dapat pmbelaan sewajarnya,"tambah Cikgu Solah. - buletinonline
No comments:
Post a Comment