WarkahDaily – Harga barangan dijangka akan naik dalam masa terdekat selepas berlakunya kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekilogram minggu lepas.
Bayangan kenaikan harga barangan itu dijangka berlaku selepas pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah mula bermain kata-kata dengan rakyat, konon kerajaan tidak lagi mampu menanggung beban kos subsidi yang semakin meningkat saban tahun.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kos subsidi dijangka meningkat dua kali ganda daripada RM10.32 bilion tahun lalu kepada RM20.58 bilion pada 2011.
Jelas Muhyiddin, negara tidak boleh lagi menanggung jumlah kos subsidi semasa. Ini memberi isyarat kerajaan tidak dapat mengelak kenaikan harga barang-barang keperluan di masa akan datang.
“Ya, kita memberi subsidi tetapi kita tidak boleh kekalkan subsidi pada jumlah yang sama. Jadi, ada cara di mana kita sedang cuba untuk mengurangkan kos-kos subsidi seperti menaikkan harga gula. Kami melakukan secara berperingkat-peringkat,” kata Muhyiddin dalam sidang media semalam.
Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan cuba memberi bayangan harga petrol RON95 bakal berdepan kenaikan selepas kajian berkaitan subsidi harga petrol berkenaan yang dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.
Bermakna, harga petrol itu akan berdepan kenaikan bulan depan jika diambil kata-kata Muhyiddin, kerajaan tidak sanggup lagi menanggung beban kos subsidi yang semakin meningkat.
Sudah tentu ramai rakyat Malaysia berada dalam keadaan berjaga-jaga dan semakin terhimpit hidup mereka yang terpaksa menanggung kos hidup yang semakin tinggi.
Aku nak ucap tahniah buat barua-barua Umno-BN yang terlalu setia dengan pemimpin mereka sehingga saban tahun terus memberi peluang kerajaan BN memerintah negara ini dan dalam masa yang sama pemimpin mereka terus menerus memberi bebanan kenaikan harga barangan dan petrol.
Aku lihat, barua-barua Umno-BN tu bukannya semua hidup senang bahkan ada yang tinggal di rumah yang beratap zink yang bocor, ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi masih lagi membiarkan diri diperbodoh oleh pemimpin BN yang hidup senang-lenang di istana masing-masing tanpa mempedulikan harga barangan naik atau tidak.
Bilalah bangsa aku mahu buka mata, celik mata, bangkit dari tidur dan sedar diri yang mereka kini ditindas oleh kerajaan sendiri yang mereka pilih setiap kali pilihanraya. Kecelaruan kerajaan BN hanya boleh ditutup dengan sedikit suapan rasuah pilihanraya. Betapa rendah nilai harga diri bangsaku yang mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin sendiri dengan harga ratusan ringgit sahaja selama empat tahun.
Senangkah hidup mereka dengan sekadar suapan RM300, sekampit beras, sehelai kain selama empat tahun (sepenggal pilihanraya umum)?
Tanpa memikirkan masa depan anak-anak dan cucu yang tidak tahu apakah yang akan berlaku kepada mereka di masa akan datang jika negara ini terus dirosakkan oleh pemimpin BN yang kini berlumba-lumba membolot hasil mahsyul negara untuk diri dan kroni.
No comments:
Post a Comment