Saturday, March 26, 2011

mangkuk ayun si Faizah Utusan Meloya !!!

Utusan Meloya selaku akhbar rasmi UMNO yang suka memperbodohkan rakyat, hari ini mempersoalkan ke manakah menghilangnya Anwar Ibrahim selama dua jam? Iaitu dari pukul 9:20 hingga 11.38. Berbekalkan fakta songsang blogger pencacai gerombolan songkok tinggi, Utusan sanggup merendahkan kredibilitinya sebagai akhbar arus perdana.


Petikan dari dalam Utusan Meloya - Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.


"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.


Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."


Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai...


Jelas sekali Utusan Malaysia tanpa segan silu membuat fitnah. Siapa si Novandiri ni? elok elok makan nasik, ada gak yang makan bubur pakai straw kat hospital ni nanti!

Wall Photo :  Pendekar Tanpa Nama

JAWAPAN KEPADA SOALAN MANGKUK AYUN UTUSAN MELOYA

TENGOK BETAPA AL MANGKUK WAL HAYUNNYA UTUSAN MELOYA CUBA MEMPERKASAKAN FITNAH MALAON GEROMBOLAN UMPORNO.

PATUTLA NASI LEMAK PUN DAH BUANG SEDARA,TAK TERIMA PAPER UTUSAN DIJADIKAN PEMBALUTNYA. PADAN DENGAN BUAT LAP PUNGKOQ KUCING SAJA.

KAH! KAH! KAH!

Meh hamba hendak jawab soalan cap ayam mangkuk ayun si Faizah Utusan Meloya (baca sini).


Hendak tahu mana Anwar Ibrahim dari jam 9.20pm hingga jam 11.39pm pada 21 Februari itu? Yang dikatakan tidak berTwitter pada ketika itu.


Jawapannya;


Anwar Ibrahim telah ke Restoran Mc D 24 jam untuk membeli 50 biji Big Mac untuk dimakan sekali gus agar perut Anwar yang kempis itu akan menjadi boroi dalam masa 30 saat. Kemudian Anwar telah membeli air Coca cola juga dalam kuantiti 50, tetapi berunitkan liter untuk diminum juga dengan cara sekali gus agar perut Anwar akan kekal boroi untuk dirakam oleh Dato Eskay yang rupa sebiji macam Anwar Ibrahim.


Disebabkan juga Dato Eskay adalah lebih hitam dari Anwar, maka adalah lebih elok filem biru keluaran mamat Melaka itu dibuat dalam hitam putih agar ke'real'an filem itu dapat direalkan lagi untuk memaksimumkan proses pengeliruan orang ramai yang suka tengok filem lucah menontonnya. (Baru hamba tahu, ramai wartawan suka tengok cerita biru)


Sekian makluman jawapan fitnah yang hamba telah buat agar orang yang suka sangat berfitnah-fitnah ini boleh berfikir dengan kepala lutut, bukan dengan kepala kaki.


Artikel Berkaitan : Manipulasi waktu twitter, Utusan didesak mohon maaf atau disaman


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/03/jawapan-kepada-soalan-mangkuk-ayun.html#ixzz1HloGtxQ1


Video Sex : Menyanggah artikal UTUSAN hari ini... Nah Jawapannya.. siap gambar dari facebook lagi...

Di mana Anwar pada 21 Febuari 2011? Ini jawapannya

Sebelum ini blog MiLo SuaM sudah mendedahkan satu fakta alibi yang membuktikan bahawa pada malam 21 Febuari 2011 yang lalu, di saat video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dirakamkan sekitar pukul 22:23 sehingga 22:45,facebook Anwar menunjukkan bahawa beliau sedang rancak berborak dengan peminatnya, sila rujuk sini [Facebook Anwar].

Namun apa yang menariknya, Utusan Malaysia selaku akhbar rasmi yang suka memperbodohkan rakyat, hari ini mempersoalkan ke manakah menghilangnya Anwar Ibrahim selama dua jam? Iaitu dari pukul 9:20 hingga 11.38. Berbekalkan fakta songsang blogger pencacai gerombolan songkok tinggi, Utusan sanggup merendahkan kredibilitinya sebagai akhbar arus perdana. [Utusan]

Di bawah ini 10 rakaman bukti-bukti bahawa Anwar Ibrahim sedang berfacebook pada saat yang dikatakan oleh Utusan kononnya Anwar menghilangkan diri selama 2 jam. Jelas sekali Utusan Malaysia tanpa segan silu membuat fitnah.

Anwar Ibrahim dilihat ada mengemaskinikan akaun Facebooknya pada 21 Febuari 2011 pukul [10:40] ,[10:49], [10:50],[10:52],[10:58],[11:02],[11:03],[11:03],[11:05], dan [11:08]. (sila klik link-link yang diberikan untuk melihat sendiri bukti di Facebook Anwar Ibrahim). Jelas sekali Utusan Malaysia sengaja memfitnah untuk memperbodohkan rakyat.

ReJaM© "Utusan Malaysia dan Fitnah bagaikan aur dengan tebing"



Twitter : PKR Jawab Utusan Malaysia


LAPORAN MUKA DEPAN UTUSAN MALAYSIA 26 MAC 2011 ADALAH FITNAH
KEADILAN mengecam laporan muka depan Utusan Malaysia bertarikh 26 Mac 2011 bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” yang jelas satu fitnah dan tidak berpandukan etika kewartawanan yang baik.

Laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda UMNO yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan twit ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Saya sertakan di sini bukti-bukti dari petikan skrin akaun Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya seperti berikut:

1. 21 Februari 2011, 1040 malam: “Inshaallah”
2. 21 Februari 2011, 1049 malam: “That’s ds Najib’s plan. Our task: pursue reform agenda”
3. 21 Februari 2011, 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
4. 21 Februari 2011, 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
5. 21 Februari 2011, 1058 malam: “Bisa”
6. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Waras”
7. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Ada ruang bias ja”
8. 21 Februari 2011, 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”
9. 21 Februari 2011, 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat Selective Tweets. Oleh yang demikian, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghantar 9 pesanan ke akaun Twitternya diantara jam 1038 malam hingga 1106 malam seperti petikan skrin yang dilampirkan disini.

Pada masa ini jugalah iaitu diantara 1020 malam hingga 1041 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik. Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menontot rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter.

Pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.

Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya juga ingin mengemukakan bukti yang mematahkan fitnah yang disiarkan oleh blog-blog yang dibiayai UMNO termasuk yang dipetik oleh Utusan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter. 

Ini adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Dato’ Seri Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook 2 minit kemudian.
anwar facebook tweets
Maka, pesanan yang dibuat pada jam 12.22 tengahari 26 Mac 2011 [File timestamptwitter.gif] di laman Twitter (mengenai rakaman penuh pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati) dicatat waktunya sebagai 12.24 tengahari 26 Mac 2011 di laman Facebook [File timestampfb.gif].
NONE
Penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu UMNO.
NONE
Dengan pendedahan ini, KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog UMNO tersebut.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
26 MAC 2011

No comments: