Saturday, May 14, 2011

Royalti Terengganu; Umno-BN tipu rakyat dan sesama sendiri. (Video DiDalam)


http://buletinonline.net/images/stories/berita47/draliasroyalti.gif
KUALA NERUS - Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang 'naik gila' sekarang, dengan membangkitkan pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat bagi memecahbelahkan gabungan parti-parti dalam pakatan tersebut.


Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, Dr. Alias Razak berkata, pelbagai fitnah tersebut turut dibawa oleh Umno-BN ke dalam Persidangan 

Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) Terengganu.


"kalau di luar, hari ini duk (sedang) sibuk isu fitnah. ni fitnah ni kerja UMNO fitnah kepada pimpinan PR. yang kita tahu, fitnah ni memang mainan 

mereka untuk mejatuhkan maruah, dan untuk memecahbelahkan gabungan yang mantap dalam PR pada hari ini (yang) sangat menakutkan 
UMNO,

"sehinggakan bukan setakat fitnah peribadi, fitnah agama, fitnah kaum dan berbagai-bagai lagi. bukan sahaja di luar dewan (sidang DUN), dalam dewan pun masih fitnah. dengan isu agama Kristian (sebagai) agama rasmi, dengan (fitnah keatas) DAP dan macam-macam lagi. macam-macam fitnah yang dituju kepada pimpinan pakatan rakyat pada hari ini,"ujarnya ketika menyampaikan Ucapan dalam Majlis Penerangan Isu-Isu Sidang DUN, di Mengabang Telipot, dekat sini, Rabu 11 Mei.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, mereka bukan sahaja melakukan fitnah malah menipu rakyat dalam soal wang royalti.

Bahkan, katanya, pemimpin Umno bukan sahaja menipu rakyat, tetapi menipu sesama mereka, dikalangan ahli Umno dan BN sendiri.

"dalam dewan (sidang DUN) dua tiga hari ni, sibuk dengan tipu pula. ni kerja UMNO tipu, saya nak sebut bahawa, UMNO ni dia bukan sahaja tipu rakyat, sama-sama dia pun dia tipu. kalau kita dengar, PM (Perdana Menteri) dan menteri kabinet ditipu oleh Presiden MCA atas kes PKFZ (kes) 
pelabuhan klang tu, 

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/perjanjianroyalti%20028.jpg
"di negeri Terengganu yang paling malang, PM tipu MB. MB pula cuba nak tipu rakyat. Tipu rakyat hal soal royalti. mula-mula PM mari di PRK Kuala Terengganu, tipu, bawak cek besar, (bernilai) RM408 juta. inilah wang royalti. tapi sebenarnya cek tu pun tak laku. sama-sama dia (pun menipu), dia tipu PM tipu MB,"jelasnya.

Menurutnya, semasa sidang DUN Disember lalu, MB Terengganu Dato' Seri Ahmad Said berjanji dalam sdiang tersebut, wang royalti akan dibayar kepada kepada kerajaan negeri pada bulan Mac 2011.

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/perjanjianroyalti%20058.jpg
Namun begitu, katanya, bila ditanya dalam sidang DUN pada Isnin 10 Mei, Ahmad menjawab ia dibayar 'secara ansuran' sebanyak tiga kali bayaran.

"bila mari dewan (sidang DUN) kelmarin, apabila ditanya, dia (Ahmad Said) kata bayar dah, (kita tanya) bayar guane (macamana)? bayar tiga kali,  

"(kalau bayar) tiga kali bukan royalti. ini nama dana khas, macam hok dulu-dulu jugak. tapi dia cuba nak tipu kita pula,"tegasnya


[Gambar kiri ; Lihat salinan asal perjanjian royalti BM ms1ms2ms3ms4 BIms1ms2ms3ms4 ]

Menurut Perjanjian Royalti antara Petronas dengan Kerjaan Negeri Terengganu, kata Dr Alias, Petronas mesti bayar secara tunai terus kepada kerajaan negeri, mengikut kadar 5% daripada hasil jualan petroleum yang disedut daripada bumi Terengganu. 

Katanya lagi, Petronas mesti membayar bayaran tunai royalti secara terus tersebut sebanyak dua kali setahun, pada bulan Mac dan bulan September pada setiap tahun, tanpa melalui orang tengah.

"(yang) namanya royalti.  dia (Petronas) kena bayar dalam bulan Mac. yang kedua dia mesti  bayar dalam bulan 9. tapi ni dia jawab, hok separuh tahun  nak bayar dalam bulan mac 3 kali bayaran. melalui kerajaan pusat. melalui kementerian kewangan. kalau ini (itu), bukan namanya royalti. ini wang ehsan atau dana khas,"katanya.

Tambahnya, Pembayaran wang ehsan atau dana khas adalah pembayaran yang diamalkan, setelah kerajaan Umno-BN pusat merampas bayaran royalti daripada kerajaan negeri Terengganu semasa pemerintahan PAS pada tahun 2000




No comments: