Monday, May 2, 2011

Amerika laknatullah menghina jenazah Osama : Jasad As-Syahid Di Semadikan Di Laut.



Mengikut satu sumber, pihak Amerika laknatullah yang menggempur tempat persembunyian Osama Bin Laden bersama-sama pasukan elit Pakistan telah menghina jenazah yang dikatakan imej Osama dengan menendang-nendang jenazah tersebut. Mereka juga dikatakan dengan angkuh  menuding jari ke arah jenazah dan berkata bahawa Amerika adalah negara yang paling hebat didunia dan tiada siapa yang boleh terlepas dari buruan Amerika laknatullah.
Kebiadapan yang dilakukan Amerika itu tidak disenangi oleh sesetengah pasukan elit dari Pakistan. Jenazah tersebut serta merta dibawa keluar oleh pasukan Amerika ditempat yang tidak diketahui. Untuk menutup perbuatan biadab itu, Presiden Obama telah mengeluarkan kenyataan bahawa jenazah yang dikatakan Osama akan dikebumikan mengikut Islam.

Kesyahidan Osama Bin Laden mendapat liputan yang luas diseluruh dunia terutama di Amerika dan barat. Bagi Amerika dan barat, kesyahidan Osama satu kemenangan dalam menentang keganasan dan ia juga disambut gembira oleh pemimpin-pemimpin negara umat Islam.

Mengikut pendapat Prof-Prof kangkung dari Malaysia, kesyahidan Osama tidak akan diratapi oleh umat Islam kerana pada pandangan mereka perjuangan yang dilancarkan oleh Osama hanya bersifat peribadi. Jika kenyataan tersebut keluar dari Prof-Prof barat, kita boleh menerimanya kerana mereka sememangnya mempunyai sikap yang prejudis terhadap Islam dan juga Jihad. Tetapi adalah amat malang kerana kenyataan dari prof-prof kangkung yang mengaku sebagai umat Islam.

Amerika dan sekutu-sekutunya termasuk juga para pemimpin negara umat Islam yang juga mengaku Islam menyangka kesyahidan Osama dapat membendung tentangan umat Islam yang ditindas tanpa mengkaji dari aspek yang luas. Jika seorang Osama dibunuh, akan lahir seribu lagi Osama untuk meneruskan perjuangannya.

Hakikatnya, perjuangan untuk keadilan tidak akan berkubur jika seorang pemimpinnya dibunuh tetapi ia akan menyemarakan lagi semangat umat Islam. Kerana itu jugalah Malaysia yang diperintah oleh rejim Umno tidak akan menghapuskan ISA laknatullah. Bagi Umno yang telah lama menyelewangkan ajaran Islam, akta ISA adalah menyelamat mereka dari dijatuhkan secara demokrasi ala Malaysia.

Bagi rejim Umno yang menjadi barua kepada Amerika dan Israel, mereka akan laku apa sahaja walau pun terpaksa menyerahkan rakyat Malaysia kepada Amerika. Salah tak salah itu perkara kedua, janji mereka menjadi barua tahap celaka kepada Amerika.

Perjuangan yang dipelopori oleh as-Syahid Osama Bin Laden akan tetap dikenang oleh umat Islam walau pun namanya busuk dihati pemimpin-pemimpin negara umat Islam. Sejarah akan menceritakan bagaimana pengorbanan as-Syahid Osama Bin Laden yang sanggup meninggalkan kekayaan kerana tidak ingin melihat negara-negara umat Islam dijajah oleh Amerika dan sekutunya dengan bantuan pemimpin umat Islam sendiri.

Al-Fatihah, semoga beliau akan bersama-sama dengan Saidina Hamzah r.a. yang menjadi penghulu para Syuhada. (Gerakan Anti Najib/Rosmah)

Jasad As-Syahid Osama Di Semadikan Di Laut.


IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat, awal pagi tadi. 



Pegawai Amerika Syarikat (AS), berkata mayat Osama bin Laden sudah disemadikan di laut selepas pemimpin Al-Qaeda itu terbunuh dalam serangan yang diketuai AS di Pakistan, awal pagi tadi. 


Selepas serangan itu, pegawai berkenaan berkata, mayatnya akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.

Katanya, amalan itu memerlukan mayat umat Islam ditanam dalam tempoh 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima mayat Osama adalah sukar.
Berikutan itu, beliau berkata, AS membuat keputusan menyemadikannya di laut. 


Bagaimanapun, pegawai yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata lokasi Osama disemadikan tidak didedahkan. 

Polis tingkat kawalan di lokasi berkepentingan

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat pengumuman kejayaan tentera negara itu membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden di Rumah Putih, Washington hari ini.


Polis kini meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi penting di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga berikutan laporan kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden. 

Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, berkata langkah itu bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada sebarang ancaman keselamatan yang mungkin timbul berikutan laporan tersebut.
"Pihak polis sudah pun meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan di kawasan berkepentingan dan sensitif," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) kini meningkatkan kawalan dan langkah berjaga-jaga di kedutaannya di seluruh dunia berikutan kematian Osama. 

Presiden AS, Barack Obama dilaporkan berkata, bahawa Osama terbunuh dalam satu operasi oleh pihak keselamatan negara itu di Islamabad, Pakistan dan mayatnya kini berada di bawah kawalan mereka.

No comments: