Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang akhirnya mengakui bahawa Umnolah yang begitu takut dengan Dasar Negara Islam yang dibawa PAS. Selama ini merekalah yang menuduh DAP begitu takut akan dasar itu.
Namun kenyataan Nazri yang mengatakan “Kita lebih bimbang PAS akan berikan saingan lebih hebat jika mereka masih mempertahankan (dasar) negara Islam kerana wujud elemen dalam kaum Melayu yang berpandangan apa yang diperjuangkan PAS itu betul” sudah cukup menceritakan hakikat sebenar. Memang benar apa yang PAS perjuangan sekarang ini adalh betul, selaras dengan sunnah Rasulullah saw. Beranikah Umno mengatakan PAS ini sesat? Hanya orang yang takutkan Islam sahaja yang layak dipanggil sesat.
DAP kini sudah tidak takut pada dasar negara Islam kerana hukum-hukum Islam yang terkandung di dalam dasar itu hanya untuk orang Islam dan bukan Islam masih bebas mengamalkan undang-undang sivil. Selain itu mereka juga memahami bahawa dasar negara Islam itu adalah negara yang mementingkan kebajikan rakyat dan mengangkat definisi hubungan manusia dengan tuhan sebagai kiblat kehidupan.
Orang Melayu memang menerima dasar itu kerana Islam begitu sebati dengan diri mereka. Slogan Negara Berkebajikan yang dibawa sejak Pilihanraya 2008 lalu adalah sebahagian dari huraian kepada dasar negara Islam. Ianya adalah dasar yang begitu dekat kepada rakyat yang Umno amat takuti dan risau.
Rakyat kini semakin bijak untuk memilih. Orang Melayu, Cina, India dan kaum lain kini semakin terbuka menerima PAS. Parti ini semakin progreasif dan kini bersedia mengantikan Umno. Jelas, misi PAS ganti Umno semakin menjadi realiti.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment