Wednesday, September 14, 2011

Panas!!! Soalan Sejarah unt SPM tahun ni Bocor?

KL, 14 Sept 11: Benarkah soalan peperiksaan Sejarah SPM akan datang telah siap dan kini bocor di laman-laman Facebook? Bukan, sebenarnya ia hanya satu permainan perang saikologi yang sedang berlaku dalam media baru ekoran perdebatan sejarah negara.
(Soalan peperiksaan yang dikatakan bocor!!!)

Isu perdebatan sejarah kemerdekaan negara membawa kepada dimensi yang lebih menarik apabila ia dijadikan permainan saikologi dalam laman media-media baru.

Terkini, satu soalan peperiksaan dipostkan ke laman sosial Facebook dan menjadi bahan yang popular untuk dibahaskan. Sekali imbas, kertas yang berbentuk kertas soalan peperiksaan itu semacam kertas soalan bocor untuk peperiksaan akan datang. Berdasarkan bentuknya ia kelihatan semacam soalan sejarah SPM atau kertas am STPM.

Namun, jelas sekali amat sukar untuk para pelajar menjawab soalan ini selepas isu sejarah kemerdekaan negara didebatkan sedemikian rupa. Yang menjadi mangsa adalah Profesor Zainal Kling apabila beliau membuat satu kenyataan yang menggemparkan, negara ini tidak pernah dijajah oleh British. Jelas kenyataan profesor Umno itu menjadi bahan permainan terbaru.

Antara soalan yang ditanyakan adalah "Terangkan status penduduk Malaya yang bekerja dengan British."

Adalah dipercayai, ia direka berdasarkan kenyataan Mohamad Sabu, timbalan presiden PAS yang mempertikaikan persepsi selama ini bahawa polis yang bertugas di rumah pasong Bukit Kepong adalah hero manakala penyerangnya termasuk Mat Indera adalah pengganas. Sedangkan bagi Mohamad Sabu, polis ketika itu bekerja dengan penjajah British manakala Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.

Dalam soalan keduanya, 'Pembentukan Persekutuan ini merupakan penjajahan atau pernaungan? Terangkan".

Ia jelas ditujukan kepada Zainal Kling ekoran kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British berbanding banyak teks sejarah yang menyatakan British adalah penjajah negara.

Soalan C pula berbunyi, "Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, adakah tepat menunjukkan Malaya tidak pernah dijajah oleh British."

Dan soalan paling akhir adalah, "Berapa tahunkah usia kemerdekaan negara kita sebenar." Ini dipercayai ekoran dari polemik yang dicetuskan sejak kebelakangan ini. (IH/Harakah)

No comments: