Sunday, April 3, 2011

Anda percaya ke JAMINAN Menteri Pembohong ini???


Rasa-rasa banyak pembaca DCM mengetahui sebab menteri ini dicap "pembohong" atau kata-kata lain yang seumpama atau semakna dengannya. Yang belum tahu, sila baca di sini.

Hari ini menteri yang sama memberikan jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga barangan keperluan berikutan penyelarasan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen daripada RM2.50 seliter kepada RM2.70 seliter mulai tengah malam kelmarin.
Menurut menteri ini, penyelarasan harga itu tidak membabitkan petrol RON 95 dan bahan api lain yang menjadi pilihan 90 peratus pengguna termasuk lori pengangkut dan kenderaan awam. 

Katanya, kerajaan juga tiada cadangan menaikkan harga RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat. 

“Kerajaan masih memberikan subsidi sebanyak 79 sen setiap liter bagi RON 95 dengan nilai keseluruhan  sebanyak RM4 bilion setahun. Penyelarasan harga RON 97 tidak menjejaskan peniaga dan kerajaan memberi jaminan harga barang tidak akan naik berikutan itu. 

“Dianggarkan hanya 10 peratus pengguna RON 97 terutama pengguna kereta mewah. Walaupun harganya lebih mahal mereka tetap menggunakan minyak jenis ini,” katanya lagi semalam. 

Anda mahu percaya kata-kata menteri ini, silakan.

Yang pasti harga RON 95 akan dinaikkan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak. Manakala harga makanan dan barangan akan tetap naik walaupun dijamin oleh menteri ini. Anda tahu mengapa saya begitu? Hal ini demikian kerana menteri ini dan kementeriannya tidak dapat berbuat apa-apa selepas pesta kenaikan harga berlaku.  Apa yang mampu menteri ini maklumkan kepada anda ialah "Kenaikan harga ini di luar bidang kuasa kementerian. Saya berharap peniaga akan menurunkan harga makanan dan barangan."

No comments: