Monday, April 25, 2011

Inilah DALANG Disebalik Percubaan TANGKAP Raja Petra

Di sebalik tabir: Bekas ahli PKR yang merupakan anti-Anwar, anti-RPK, anti-Kalimullah, anti-Nor Mohd Yakcop, anti-Malaysia Insider , dan sahabat Mukhriz.


Presiden JMM Azwanddin Hamzah (kiri), pembelot PKR, bersama dengan Mukhriz Mahathir pada bulan Mac semasa pelancaran satu rancangan televisyen baru bertujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala Indonesia Malaysia. Foto Mukhriz telah ditampilkan lebih daripada 12 keping di laman web JMM


Kumpulan pendesak Jaringan Melayu Malaysia, yang dipimpin seorang bekas ahli Parti Keadilan Rakyat inilah sebenarnya yang berada disebalik laporan polis sehingga menyebabkan terjadinya permainan kucing dan tikus di Bangkok di antara polis dan Raja Petra Kamarudin. Ia telah mendesak polis untuk menyiasat satu usaha pada tahun 2009 yang dibuat untuk menyekat Najib Razak dari menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Ia mengatakan laporan terhadap RPK telah dibuat, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkaitan wawancara RPK dengan TV3. JMM menuntut polis menyiasat "konspirasi" ini, polis sedang menyoal siasat empat orang yang dinamakan oleh RPK, dan tindakan telah diambil terhadap laporan memfitnah yang dibuat kepada Najib. 

Laporan polis ini dibuat pada tarikh 14 April. Pada hari Jumaat, blogger Din Merican telah disoal siatas di ibu pajabat polis persekutuan selama tiga jam, The Star melaporkan. Din adalah salah seorang daripada empat orang yang disebutkan oleh RPK mempunyai maklumat untuk menghalang Najib.

Tindakan polis menjurus kepada menyiasat berkaitan konspirasi yang disebut dan bukan tentang Akuan Bersumpah yang dibuat RPK pada tahun 2008 melalui seorang pemberi maklumat, daripada seorang pegawai kanan tentera, telah mengaitkan isteri Najib dan dua pegawai tentera yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. RPK telah berkali-kali meminta dakwaan ini disiasat. Sebaliknya dia pula telah dituduh melakukan jenayah fitnah.

Jaringan Melayu Malaysia dipimpin oleh seorang usahawan yang boleh berbahasa Mandarin Azwanddin Hamzah, 36 dari Ampang. Beliau merupakan seorang ahli Parti Keadilan selama 10 tahun dan Exco Angkatan Muda Keadilan Pusat, ia meninggalkan parti untuk menyertai UMNO pada tahun 2008, bersama-sama dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor. 

Pada Februari tahun lalu, dia telah berkempen menentang The Malaysian Insider, dan bersumpah akan menutup laman web tersebut. Ia juga mendesak tindakan dikenakan terhadap bekas Naib Pengerusi New Straits Times, Kalimullah Hassan dan dua orang lain yang dituduh membiayai laman web tersebut menggunakan dana yang diperoleh daripada kontrak kerajaan. Azwanddin juga menuntut penjelasan dari Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua Mohd Nor Yakcop untuk menjelaskan hubungannya dengan Kalimullah. 

Azwanddin mengetuai demonstrasi menentang The Insider Malaysia kerana menjadi "pengkhianat" kepada negara. Gambar: Ismail Faezah.

Awal tahun ini dalam satu acara berprofil tinggi, Azwanddin mengumumkan program televisyen Antara Dua Garisan untuk untuk diterbitkan bersama dengan stesen Indonesia dan bertujuan untuk meningkatkan perhubungan dua hala. Program 30 minit setiap minggu itu, melibatkan wawancara dengan 12 tokoh politik dan pemimpin negara dari kedua-dua negara, yang akan mula disiarkan dari bulan Jun, lebih setahun, menurut kumpulan tersebut. 

Mukhriz Mahathir, anak lelaki mantan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Perdagangan, adalah di antara tetamu terhormat yang dipaparkan lebih daripada sedozen fotonya di laman web. Menteri yang lain ditonjolkan ialah Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, dan Sharizat Jalil,Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Azwanddin juga menuduh pemimpin PKR Anwar Ibrahim menyokong Raja Petra dan penyiasat peribadi P Balasubramaniam, yang sekarang tinggal dalam pelarian di India setelah melakukan dakwaan sensasi mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Ia juga menuduh Kalimullah membantu Raja Petra untuk meninggalkan negara ini, dan membiarkan Raja Petra tinggal di sebuah apartmen di London. (Kalimullah telah membantah tuduhan ini, dan Raja Petra telah mendedahkan sebenarnya ia tinggal di Manchester.) - arusperjuangan

No comments: