SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan Dewan Undangan Negeri Selangor (Dun) tidak akan dibubarkan untuk diadakan pilihanraya tahun ini.
Ini menguatkan kenyataan sebelum ini bahawa negeri-negeri Pakatan tidak akan ikut bersama dengan Pilihanraya Umum.
“Kalau pun Parlimen dibubar atau tidak tahun ini, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak akan dibubar tahun ini,” kata Khalid.