Showing posts with label Osama Laden. Show all posts
Showing posts with label Osama Laden. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama bin Laden : Respon TGNA berbanding dgn Pemimpim Negara Islam 1Malaysia

Nik Abdul Aziz Nik MatJika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Islam Larang Semadi Jenazah Di Laut.



Islam melarang pengkebumian di laut selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan bahawa pengasas dan ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden telah disemadikan di laut semalam, demikian menurut jurucakap Universiti Al-Azhar.

Monday, May 2, 2011

Amerika laknatullah menghina jenazah Osama : Jasad As-Syahid Di Semadikan Di Laut.



Mengikut satu sumber, pihak Amerika laknatullah yang menggempur tempat persembunyian Osama Bin Laden bersama-sama pasukan elit Pakistan telah menghina jenazah yang dikatakan imej Osama dengan menendang-nendang jenazah tersebut. Mereka juga dikatakan dengan angkuh  menuding jari ke arah jenazah dan berkata bahawa Amerika adalah negara yang paling hebat didunia dan tiada siapa yang boleh terlepas dari buruan Amerika laknatullah.

Imej Mayat Osama Bin Laden

IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat, awal pagi tadi. - Foto AP