Showing posts with label Liwat. Show all posts
Showing posts with label Liwat. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Zul Kulim peguam Jahil...!!

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.

Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Tuesday, April 26, 2011

Liwat Fasa 2: Pendakwaraya Kantoi Lagi!!


Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai ‘Lelaki Y’ yang disebut-sebut sebelum ini.

Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli.

Wednesday, March 30, 2011

TUDUHAN ZINA DAN LIWAT MENURUT ISLAM

YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi AwangHadith Nabi SAW yang bermaksud   "Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi. 

Perkara yang tersembunyi Kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"